View: 1959|Reply: 9
|
Wanita Mengalah, Biarkan Kekasih Kahwini Ibu Kandung
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan perkongsian seorang gadis yang mengaku sanggup beralah dengan ibu kandungnya demi merestui perkahwinan antara wanita tersebut dengan bekas kekasihnya, lapor laman berita Bingkai Nasional.
Berdasarkan video yang dikongsikan pada 1 Oktober lalu, gadis bernama Nanda itu berkata, membuat ibu bapa bahagia adalah perkara yang terbaik.
“Mengikhlaskan kebahagiaan ibu bapa adalah lebih baik,” kata Nanda menerusi keterangan video tersebut.
Berdasarkan video itu, seorang lelaki muda yang merupakan bekas kekasih Nanda dirakam sedang melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita lebih berusia, iaitu ibu gadis berkenaan.
Nanda turut dilihat tersenyum ketika merakam swafoto bersama pasangan pengantin.
Namun, selepas majlis perkahwinan tamat, Nanda dilihat menangis kerana menahan rasa sedih.
“Lantas, siapa lagi yang perlu saya percaya untuk dijadikan suami?” katanya.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Semoga anda terus tabah. Anda ialah seorang anak yang cantik, baik dan solehah,” kata seorang netizen.
“Sabar cik. Jodoh tidak ke mana-mana,” kata seorang lagi pengguna lain. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Comel gak nanda ni. Boleh dpt lg ensem dari ex-bf dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
Syurga di tapak kaki ibu. Apalah sgt nilai boyfriend tu dari sebuah syurga yg lg indah |
|
|
|
|
|
|
|
Euww..mak ko pun macam tak pernah bersuami. Turn off sgt kalau serumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak pon membirah bersaing sampai berebut dgn anak. Haaahha patut bagi chan la kat anak merasa alam umah tga. Ni si mak pulak nak naik pelamin berkali2. Tapi xpe Nanda..bapak tiri kau tu muka so so je suai la dgn mak kau yg merenyam tu |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 3-1-2023 10:40 AM
Syurga di tapak kaki ibu. Apalah sgt nilai boyfriend tu dari sebuah syurga yg lg indah
Bila masa pula syurga bawah tapak kaki mak...Ni bukan hadis dhoif ka? Iya kita dituntut untuk hormat mak pak, but nak masuk sorga tu atas mercy Allah semata. Manusia tak mampu jadi penentu kemasukan ke syurga manusia lainnya. Ni apa aiols percaya la. Maaf jika ianya bertentangan dengan kepercayaan chuols. |
|
|
|
|
|
|
|
gedik betul makcik2x indon nih. tp bgsla nanda. kalau dah kawen pastu maknya membirah macam thread sebelah, xleh watpa dah. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke kalau dah kawin dengan anak, haram kawin dengan mak walaupun dah bercerai dengan isteri tu? ke aku salah mazhab ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
imanamsyar: bukan ke kalau dah kawin dengan anak, haram kawin dengan mak walaupun dah bercerai dengan isteri tu? ke aku salah mazhab ni..
laki tu manade kawen lagi dgn anak dia. so boleh la kawen ngn omaknya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|