CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 530|Reply: 4

Parti Putra Melaka Buat Laporan, Gesa Marris Disiasat

[Copy link]
Post time 3-1-2023 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Melaka membuat laporan meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dengan terperinci susulan tular sebuah klip video berdurasi lima minit 19 saat sejak beberapa hari lalu mengaitkan Ab. Rauf dengan pemberian konsesi di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).


Laporan yang dibuat kira-kira pukul 4.26 petang semalam di Balai Polis Ayer Keroh adalah berkaitan pemberian konsesi di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).




Laila Norinda Maon menunjukkan laporan yang dibuat di Balai Polis Ayer Keroh, Melaka.





Ketua Wiranita Melaka, Laila Norinda Maon berkata, beliau terpanggil membuat laporan berkenaan selepas menonton klip video tersebut di laman sosial Facebook yang dengan jelas mengaitkan nama Pengerusi Jawatankuasa Kanan Pelaburan Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri yang dikaitkan dengan penyelewengan Marris.


“Saya buat laporan itu atas dasar dua perkara yang pertama saya mewakili Parti Putra Melaka menyokong video berkenaan yang menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung isu tersebut.


“Selain itu, saya sebagai rakyat Melaka juga tidak puas hati kenapa apabila rakyat telah memberi mandat kepada pemimpin tersebut hingga membuat keputusan sewenang-wenangnya.


“Sepatutnya jawatan yang mereka sandang itu adalah untuk membantu rakyat dan bukannya untuk menekan rakyat justeru saya meminta PDRM dan SPRM untuk menyiasat isu berkenaan ada kemungkinan berlaku rasuah atau sebaliknya,” ujarnya ketika ditemui selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, malam tadi.


Laila Norinda yang juga Ahli Dewan Tertinggi Putra Pusat berkata, melalui video berkenaan menyebut duit Marris duit sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) Melaka untuk membantu kontraktor-kontraktor kecil membangunkan perniagaan mereka tetapi telah dilencongkan ke Perbadanan Ketua Menteri (CMI).


Jelasnya, tindakan itu kononnya diarahkan oleh Ab. Rauf tanpa persetujuan dan perbincangan daripada pihak lain.


“Saya mohon pihak berkuasa memandang serius dakwaan tersebut dan tindakan undang-undang perlu diambil jika ia melibatkan salah guna kuasa dan rasuah,” ujarnya.


Parti Putra Melaka katanya, membantah sekeras-kerasnya jika ada pemimpin yang menyalahgunakan kuasa mahupun mempunyai agenda atas kepentingan sendiri dan menggunakan harta kerajaan untuk
kepentingan diri mereka.




Sumber: Suara Merdeka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
aku xpaham..kenapa duit marris perlu kasi ke pbt dan agensi lain? duit tu bukan utk senggara jalan federal ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 04:56 PM | Show all posts
airmineral replied at 3-1-2023 04:52 PM
aku xpaham..kenapa duit marris perlu kasi ke pbt dan agensi lain? duit tu bukan utk senggara jalan f ...

ada juga bagi ke negeri2..n negeri distribute to semua agensi yang ada inventori jalan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu replied at 3-1-2023 04:56 PM
ada juga bagi ke negeri2..n negeri distribute to semua agensi yang ada inventori jalan

oo tp still utk kerja² yg berkaitan dgn jalan la kan? apesal dia tulis situ patut bagi pbt melaka utk bantu peniaga? huhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 05:14 PM | Show all posts
airmineral replied at 3-1-2023 05:01 PM
oo tp still utk kerja² yg berkaitan dgn jalan la kan? apesal dia tulis situ patut bagi pbt melaka ...

mmg 100% untuk jalan...n marris pon mmg agak strict..ada audit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 03:41 PM GMT+8 , Processed in 1.170375 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list