CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki warga asing edar dadah dicekup polis

[Copy link]
Post time 3-1-2023 12:13 AM | Show all posts |Read mode


Gambar suspek dan dadah yang dirampas.
BINTULU: Seorang lelaki warganegara asing berumur 25 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di belakang tandas awam Pasar Malam Bintulu pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Batholomew Umpit berkata, pemeriksaan yang dijalankan ke atas suspek telah menemui 5.5 gram dadah jenis syabu pada tubuh suspek.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan pihak polis mendapati bekalan dadah terbabit dipercayai untuk diedar di sekitar kawasan bandar dan ladang yang boleh digunakan sekitar 150 orang penagih,” ujar beliau dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Batholomew, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif mengambil dadah jenis Methamphetamine dan akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952 dan Seksyen 39A(1) akta sama.

Suspek juga akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Immigresen 1959/1963 atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Jika didapati bersalah memiliki dadah di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952, suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun beserta sebatan tidak kurang tiga kali manakala jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)ADB 1952 pula suspek berhadapan dengan denda tidak melebihi RM5, 000 atau penjara tidak lebih dua tahun beserta pengawasan selama dua tahun.

Di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 pula, suspek  berhadapan dengan hukuman denda tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali beserta sebatan tidak lebih dari enam kali ika disabit kesalahan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.088858 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list