CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 0

[Sarawak] Pelajar Kolej Vokasional nyaris buta angkara benang layang-layang

[Copy link]
Post time 3-1-2023 12:09 AM | Show all posts |Read mode


Syahida mengalami kecederaan dan hampir hilang penglihatan akibat daripada insiden berkenaan.-Gambar dari mangsa.
KUCHING: Kisah tragis seorang pelajar wanita nyaris hilang penglihatan akibat terlanggar benang layang-layang ketika menunggang motosikal bersama ibunya melalui jalan di Samariang di sini, baru-baru ini.

Insiden itu berlaku selepas mangsa, Nurul Syahida Bujang yang merupakan pelajar dari Kolej Vokasional, Kuching itu bersama ibunya balik dari menziarahi pusara ayahnya di Samariang dan hendak ke rumah mereka di Taman Malihah, di sini.

"Kejadian berlaku pada 30 Disember 2022 sekitar jam 6.30 petang dan pada masa itu saya bergerak balik ke rumah selepas menziarahi kubur ayah.

"Ketika menunggang motosikal saya telah melanggar benang layang-layang yang saya tidak tahu datang dari arah mana dan benang layang-layang tersebut berkaca.

"Semasa kejadian itu, nasib menyebelahi saya dan ibu kerana tidak terjatuh dari motosikal ketika dijerut benang berkenaan.

"Kami sempat berhenti di tepi jalan sebelum saya merasa sesuatu yang teramat pedih di bahagian muka dan jari. Bagaimanapun, ketika kejadian, ibu saya tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Jelasnya ringkas, insiden itu menyebabkan bahagian muka mangsa iaitu hidung dan kelopak mata telah terkoyak selain kesemua lima jari di sebelah kiri juga terkoyak.

"Ketika terkena benang layang-layang tersebut, tangan dan bahagian muka berasa pedih dan saya menggigil kesakitan," katanya sambil menambah, beliau ketika itu telah memikirkan bahawa dirinya akan buta akibat luka di kelopak mata.

Lantaran itu, gadis berusia 18 tahun itu dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut sekitar jam 6.50 petang pada hari yang sama.

Dedahnya, beliau dimasukkan ke wad zon hijau dan menerima pembedahan kecil di bahagian yang cedera.

"Ketika dirawat, saya diberi ubat tahan sakit (bius) yang kuat selain menerima suntikan kancing gigi.

"Bahagian luka di muka dan tangan telah dijahit dan saya dibenarkan balik ke rumah pada keesokannya (Sabtu) pada jam 5.30 pagi," jelasnya sambil menambah, beliau juga dikehendaki untuk melakukan rawatan lanjut bagi tujuan pemeriksaan pembedahan plastik dengan doktor bedah.

Jelasnya dengan nada sayu, akibat insiden itu beliau berasa sangat sedih berikutan kecederaan yang terdapat pada wajahnya.

"Saya berasa sedih kerana muka saya tidak seperti dahulu dan terasa malu untuk berjumpa orang sekeliling.

"Bagi penunggang motosikal yang lalu di kawasan Samariang selepas balai bomba, saya berharap agar mereka akan lebih berhati-hati.

"Ini kerana, bagi saya benang tersebut bukan disebabkan oleh mereka yang bermain layang-layang, tetapi ia berkemungkinan sengaja dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Insiden tersebut saya bukan mangsa pertama yang melanggar benang berkenaan, malah benang itu seperti sengaja direntangkan di jalan terbabit," jelasnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.349486 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list