CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 0

[Sarawak] Dua individu cedera, van dan kereta terbabit kemalangan

[Copy link]
Post time 3-1-2023 12:08 AM | Show all posts |Read mode


Kereta dipandu mangsa terbalik di tengah jalan sejurus berlanggar dengan sebuah van di Jalan Paragon, Bintulu malam semalam.
BINTULU: Seorang remaja perempuan dan lelaki masing-masing berumur 17 dan 19 tahun mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan van di Jalan Paragon di sini malam semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, dalam kemalangan sekitar jam 10 malam itu, van terbabit dikatakan hendak keluar simpang sebelum bertembung dengan sebuah kereta bergerak di laluan lurus.

"Impak perlanggaran cukup kuat itu mengakibatkan kereta terbabit terbalik di tengah jalan manakala van remuk bahagian kanan hadapan," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, seorang pemandu yang merupakan lelaki berumur 19 tahun kemudian dihantar ke Hospital Bintulu menggunakan EMRS bomba manakala seorang lagi mangsa turut dikejarkan ke hospital sama untuk diberi rawatan lanjut.

"Setelah selesai kerja-kerja menyelamat mangsa, pasukan bomba melakukan pembersihan di kawasan kemalangan bagi keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya dan bertolak balik semula ke balai," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.053704 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list