CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

[Sarawak] COVID19: Kes baharu di Sarawak menurun, dua kematian pada Minggu Epidemiologi ke-52

[Copy link]
Post time 3-1-2023 12:06 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak menurun pada Minggu Epidemiologi ke-52 iaitu sebanyak 330 kes berbanding 475 kes pada minggu sebelumnya.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak kini 323,601 kes.

Daripada 330 kes yang direkodkan, sebanyak 323 kes adalah kategori satu dan dua manakala tujuh kes lagi melibatkan kategori tiga hingga lima.

Kuching katanya merekodkan kes tertinggi sebanyak 109 kes diikuti Sibu (39), Miri (34), Bintulu (32), Sarikei (19), Serian (18), Samarahan (15), Dalat (12) dan Mukah (12).

Lain-lain kes direkodkan di Bau (9), Betong (4), Pakan (4), Kapit (3), Subis (3), Beluru (3), Lubok Antu (3), Saratok (2), Limbang (2), Simunjan (2), Lundu (1), Daro (1), Matu (1), Marudi (1) dan Sebauh (1).

Dalam pada itu, JPBNS berkata, terdapat dua kes kematian baharu akibat COVID-19 direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-52.
Kes kematian yang berlaku itu dilaporkan di bahagian Kuching dan Bintulu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.057468 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list