CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tutup premis judi dan loteri di Kedah, Mufti Pulau Pinang ucap syabas

[Copy link]
Post time 2-1-2023 10:56 PM | Show all posts |Read mode
Tutup premis judi dan loteri di Kedah, Mufti Pulau Pinang ucap syabas


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



LAPORAN Harian Metro sebelum ini.




Georgetown: Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengucapkan syabas kepada kerajaan Kedah kerana mengambil pendirian tegas dengan menutup premis judi dan loteri di negeri berkenaan.

Beliau berkata pengharaman judi ke atas orang Islam sememangnya dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran bersama pengharaman minuman arak.

Katanya, sebab pengharaman sebagaimana dinyatakan di dalam ayat yang sama ialah arak dan judi diperalatkan oleh syaitan bagi mencetuskan kebencian antara anggota masyarakat, selain menghalang mereka daripada mengingati Allah SWT untuk menunaikan solat.

"Di dalam al-Quran juga ada disebut bahawa antara fungsi utama pihak yang diberi kuasa pemerintahan termasuk menyuruh kepada kebajikan, mencegah kemungkaran dan memastikan solat didirikan oleh masyarakat yang beragama Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, memandangkan situasi di Pulau Pinang agak berbeza dengan Kedah yang mana masyarakat bukan Islam mewakili kira-kira separuh penduduknya, beliau berpendapat pihak berkuasa boleh membenarkan premis judi terus beroperasi tetapi hendaklah dihadkan kepada masyarakat bukan Islam saja.

Katanya, orang Islam mesti dilarang mengunjungi premis itu dengan peraturan yang ketat dan tegas.

"Saya cadangkan pihak berkuasa agama Islam dengan bantuan pihak polis memantau premis itu dengan konsisten. Jika ada mana-mana orang Islam yang didapati terbabit dengan kegiatan judi atau loteri maka hendaklah dikenakan hukuman keras.

"Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) perlu meningkatkan lagi kempen bagi membanteras amalan berjudi dalam segala rupa bentuknya serta sentiasa mengingatkan masyarakat Islam supaya tidak terbabit dalam amalan haram ini.

"Peringatan itu boleh dibuat menerusi khutbah Jumaat dan program ceramah dan kuliah di masjid dan surau di negeri ini," katanya.

Bagaimanapun Wan Salim berkata terdapat dua perkara berkaitan yang perlu diberi perhatian dalam isu berkenaan iaitu pertama mengenai hukum Islam hanya mengikat umat Islam.

Katanya, orang bukan Islam tidak boleh dipaksa mengikut hukum Islam dan ia termasuk mematuhi larangan berjudi dan minum arak.

"Kedua ialah membanteras sesuatu perbuatan mungkar perlu dilaksanakan secara berhikmah.

"Ia adalah bagi mengelak reaksi yang mungkin menyebabkan suasana menjadi kucar kacir serta huru hara dalam kalangan mereka yang tidak memahami sebab larangan berkenaan, iaitu bukan saja orang Islam, tetapi juga bukan Islam," katanya.

Terdahulu, media melaporkan, semua operasi premis perjudian dan loteri di Kedah ditamatkan sepenuhnya Sabtu lalu, apabila kerajaan negeri membuat keputusan tidak lagi memperbaharui lesen perjudian bermula semalam.


Disiarkan pada: Januari 2, 2023 @ 8:23pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.074188 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list