CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Covid-19: Rakyat mula gusar kemasukkan pelancong China

[Copy link]
Post time 2-1-2023 05:29 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Kuala Lumpur: Orang awam mula tidak 'senang duduk' susulan pengumuman Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) yang menjangkakan sejuta pelancong China akan tiba di negara ini.

Rata-rata menyifatkan saringan dan kuarantin sahaja adalah tidak praktikal selain bimbang kemunculan gelombang dan varian baharu Covid-19 di sini.

Media sebelum ini melaporkan kes Covid-19 di China mencetuskan kebimbangan dunia termasuk Malaysia, apatah lagi China yang kini memilih 'hidup bersama Covid' turut dijangka membuka semula sempadannya pada 8 Januari ini.

Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Asia seperti Jepun, Korea Selatan, serta Taiwan mula mengetatkan peraturan terhadap pelancong dari China berikutan lonjakan kes jangkitan Covid-19 selepas negara China melonggarkan dasar sifar wabak itu.

Pekerja kerajaan, Mohd Dzakhiruddin Abdullah, 51, berkata, jangkaan ketibaan pelancong dalam jumlah yang banyak dari China menggusarkan rakyat sekiranya tiada perincian menyeluruh dari pihak kerajaan.

"Malaysia pun baru sahaja dalam fasa endemik dan kebanyakan penduduk masih serik dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan jadi kedatangan pelancong dari Cina ini membuat kebanyakan rakyat gusar.

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi ketibaan pelancong perlu diperincikan lagi selain mewajibkan pelancongan yang tiba untuk menjalani kuarantin dan saringan demam.

"Bagi saya selain kuarantin dan saringan, pelancong juga perlu melakukan saringan kendiri sepanjang berada di Malaysia supaya mereka tahu status diri masing-masing bagi mengelak penularan Covid-19 berlaku," katanya.

Sementara itu Noriza, 38, berkata kerajaan perlu mengetatkan lagi SOP penjarakan sosial terutama sekali di kawasan tumpuan pelancong.

"Memang kita di fasa endemik sekarang tetapi dengan jangkaan ketibaan pelancong yang banyak tahun depan, mungkin boleh implementasikan semula penjarakan sosial ini bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19.

"Namun bagi saya, seeloknya tangguh dahulu dan elak pelancong dari China dari memasuki tanah air kerana ia boleh memudaratkan pelbagai pihak," katanya.

Pelajar, Hidayah Abd Aziz, 24, bagaimanapun percaya bahawa kuarantin pelancong yang tiba adalah cukup bagi mengesan sama ada mereka mempunyai Covid-19 ataupun tidak.

"Saya rasa dua minggu kuarantin sudah memadai dan tanggungan untuk segala perbelanjaan membabitkan Covid-19 haruslah daripada tanggungan pelancong itu sendiri dan bukan kerajaan.

"Tetapi kalau terlampau banyak kes akan datang nanti, mungkin perlu lakukan sekatan sehingga situasi menjadi lebih tenang," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-pelancong-china
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.055210 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list