CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 220|Reply: 0

[Kedah] Objek terapung rupanya ganja

[Copy link]
Post time 2-1-2023 03:57 PM | Show all posts |Read mode
SHAHNAZ (dua kiri) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas. FOTO Zuliaty Zulkiffli


Yan: Penemuan objek terapung di tali air di Jalan Sungai Yan, Kampung Tengah Makau, Sabtu lalu membawa penemuan 158 ketulan ganja mampat seberat 180.17 kilogram (kg).

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, ganja itu ditemui orang awam sebelum dimaklumkan kepada polis.

Beliau berkata, berikutan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan yang menerima maklumat itu pada jam 9.35 pagi melakukan pemeriksaan di tempat kejadian.

"Hasil pemeriksaan menemui 158 ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah jenis ganja dibaluti plastik lutsinar serta foil berwarna perak dan emas.

"Bahan disyaki dadah jenis ganja itu ditemui terapung di atas air di sekitar pintu air kawasan sungai namun tiada tangkapan dilakukan.

"Nilai rampasan dadah dianggarkan hampir RM500,000," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Shahnaz berkata, pihaknya tidak menolak berkemungkinan besar dadah berkenaan dibawa melalui laut disebabkan daerah ini hampir dengan laut namun siasatan masih dilakukan.

Malah pihaknya percaya dadah itu mungkin diletak di kawasan tali air itu sebagai transit sebelum diangkat ke tempat lain.

"Kawasan tali air itu terletak berhampiran rumah penduduk kampung dan mungkin individu terbabit bimbang kegiatan itu dikesan orang lain menyebabkan dia mencampak dadah berkenaan di situ.

"Kita juga percaya dadah itu diletakkan di kawasan itu kurang daripada enam jam iaitu pada awal pagi sebelum ia ditemui pada 9.35 pagi," katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengesyaki dadah itu bukan untuk kegunaan tempatan.

"Setiap satu kilogram dadah itu dianggarkan bernilai RM2,500 dan kemungkinan besar kegiatan ini dilakukan oleh sindiket," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... apung-rupanya-ganja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.173358 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list