CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 1

[Kedah] Wanita hamil antara dicekup berkhalwat

[Copy link]
Post time 1-1-2023 12:20 PM | Show all posts |Read mode

Seorang wanita yang dicekup bersama pasangan (kanan) mengaku hamil tiga bulan semasa diserbu di sebuah motel pada Ahad.


SUNGAI PETANI - Seorang wanita hamil antara dicekup berkhalwat semasa serbuan dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) di sebuah bilik motel di Padang Temusu di sini pada jam kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail berkata, wanita yang belum berkahwin itu mengaku sedang hamil tiga bulan selain pernah terlanjur sebelum ini serta mempunyai dua anak hasil hubungan haram dengan pasangan lain.

Menurutnya, kedua-dua anak termasuk anak sulung berusia empat tahun dikatakan kini berada dalam jagaan keluarga.

"Saringan air kencing wanita itu dan pasangannya yang berusia 20-an, mendapati positif dadah, mereka juga gagal mengemukakan kad pengenalan apabila diminta dengan alasan hilang," katanya.

Sementara itu, di lokasi lain, sepasang kekasih dipercayai berpura-pura tidur ketika serbuan dilakukan di sebuah hotel di sini kira-kira jam 1.06 pagi Ahad.

"Anggota penguat kuasa terpaksa menggunakan kunci pendua apabila pintu yang diketuk lebih lima minit enggan dibuka, namun setelah dicuba, pintu dikunci dari dalam.

"Pihak kami terpaksa menendang pintu tersebut menyebabkan selak pintu rosak dan berjaya masuk.

"Apabila pintu dibuka, pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki berpura-pura tidur di atas katil dengan berseluar panjang dan berselimut manakala pasangannya lengkap berpakaian berpura-pura tidur di bawah katil," katanya.



Seorang lelaki dipercayai berpura-pura tidur di atas katil manakala pasangannya berpura-pura tidur di bawah katil semasa serbuan dilakukan.

Hasil pemeriksaan lanjut mereka mengaku telah bertunang serta sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma di sebuah kolej kemahiran tinggi di Perak dan datang ke Sungai Petani untuk menyambut tahun baharu.

Dalam pada itu, pemeriksaan di sebuah hotel di Bandar Puteri Jaya pula menemui seorang anggota beruniform yang bertugas di Gemas mengambil kesempatan pulang ke kampung di Selama bagi menemui 'rakan' sebelum mereka berehat di situ kerana mendakwa keletihan.

Menurutnya, kesemua tujuh pasangan ditahan dalam operasi yang disertai 50 anggota dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dan JHEAIK, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Cawangan Penyiasatan Khas Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Skuad Badar dan imam serta ahli jawatankuasa masjid.

Operasi yang dijalankan ke lokasi sasaran seluruh daerah Kuala Muda diketuai Pegawai Penguatkuasa Agama Zaiferi Zainul Abidin itu bermula kira-kira jam 12 tengah malam sebelum berakhir lebih kurang jam 6 pagi.

Kesemua yang ditahan telah dibawa ke balai polis untuk laporan tangkapan dan diminta untuk hadir mengikut tarikh ditetapkan bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 iaitu berkhalwat yang memperuntukkan denda maksimum RM3,000 atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

https://www.sinarharian.com.my/a ... -dicekup-berkhalwat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2023 01:21 PM | Show all posts
padan muka sangat2 sangat sangat2 dah tahu skuad cegah maksiat sana memang elite skuad buat lagi maksiat.

moga skuad cegah maksiat kedah di perluaskan negeri lain tahniah skuad cegah maksiat kedah kerana rajin buat operasi. moga dapat anugerah dan kenaikan gaji
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.053995 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list