CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sasar jadikan Pulau Pinang pengeluar utama kerang

[Copy link]
Post time 29-12-2022 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Sasar jadikan Pulau Pinang pengeluar utama kerang


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



WAN Muhammad Aznan Abdullah ketika sidang media pada Sesi Libat Urus Jabatan Perikanan Bersama Penternak Kerang Seberang Perai Utara di Penang Golf Resort, Bertam di sini. FOTO Danial Saad




Kepala Batas: Jabatan Perikanan merancang untuk menjadikan semula Pulau Pinang sebagai negeri utama pengeluar kerang seperti 10 tahun lalu bagi menampung permintaan yang semakin tinggi, sekali gus meningkatkan pendapatan penternak negeri itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Wan Muhammad Aznan Abdullah, berkata penternak kerang di Pulau Pinang mampu mendaratkan sehingga 112,600 metrik tan hasil kerang kira-kira 10 tahun lalu, namun merosot kepada 464 metrik tan ketika ini.

Menurutnya, ia menunjukkan kemerosotan sehingga 300 peratus yang didorong atas pelbagai faktor antaranya perubahan iklim dan pencemaran laut yang berlaku di kawasan ternakan kerang.

"Dahulu, Pulau Pinang antara salah satu pengeluar kerang selain Perak dan Selangor memandangkan kawasan perairannya yang semulajadi tetapi atas faktor keadaan semasa yang didorong dengan perubahan cuaca dan pencemaran menyebabkan kemerosotan hasil berlaku.

"Bagaimanapun, kita akan berusaha supaya kawasan ternakan kerang tidak diteroka secara berlebihan dan membantu penternak kerang di negeri ini supaya hasil kerang dapat ditingkatkan semula seperti 10 tahun lalu.

"Kita mahu Pulau Pinang menjadi negeri pengeluar kerang kerana permintaan terhadap ternakan itu tinggi terutamanya di luar negara seperti Thailand yang menganggap kerang sebagai makanan mewah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Libat Urus Jabatan Perikanan bersama Penternak Kerang Seberang Perai Utara, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Norlela Ariffin.

Sehingga kini, terdapat seramai 104 penternak kerang di daerah itu membabitkan keluasan ternakan seluas 546 hektar.

Mengulas lanjut, Muhammad Aznan berkata, pihaknya turut akan membantu penternak kerang melalui kaji selidik yang dijalankan pakar bagi mencari penemuan atau kaedah yang boleh meningkatkan hasil ternakan berkenaan.

"Pada ketika ini permintaan domestik juga tidak boleh tampung (tidak cukup) kerana hasilnya yang terlalu kurang.

"Jadi, pakar kita akan melakukan kaji selidik bagaimana hendak meningkatkan hidupan kerang ini yang mana ada kajian yang dilakukan berjaya di Lekir, Perak yang mungkin model itu boleh diaplikasikan di Pulau Pinang, sekali gus mampu meningkatkan pendapatan penternak," katanya.


Disiarkan pada: Disember 29, 2022 @ 2:49pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.055970 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list