CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1644|Reply: 16

Tuan Rumah Dapat Amaran Dari MPK, Ganggu Jiran Dengan Longgok Besi Di Halaman

[Copy link]
Post time 29-12-2022 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan amaran lisan terhadap seorang pemilik kediaman yang didapati menyebabkan kacau ganggu selepas meletakkan longgokan besi di halaman rumah.


MPK dalam satu kenyataan berkata, tempoh 14 hari diberikan kepada pelaku untuk membersihkan serta mengalihkan besi berkenaan bagi menyelesaikan permasalahan itu.




FB




Menurut kenyataan itu, perlakuan tersebut adalah salah satu contoh sikap tidak prihatin terhadap kawasan kejiranan.


"Kacau ganggu ini boleh mendatangkan bahaya kepada kejiranan kerana akan mengundang kepada pembiakan nyamuk, haiwan perosak dan berbisa seperti tikus dan ular.


"Sikap prihatin sangat penting bagi melahirkan hubungan kejiranan yang baik dan berkualiti serta membolehkan penghuni serta komuniti setempat menjalankan kehidupan yang baik dan sempurna," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Khamis.




FB




Kata kenyataan itu, sebanyak 180 aduan diterima antara Januari hingga November lalu yang mana 90 peratus daripadanya berjaya diselesaikan.


Jelas kenyataan itu, antara masalah kejiranan yang diterima adalah seperti meletakkan halangan pasu bunga, memarkir kenderaan di depan rumah, menjemur baju serta kasut di tembok.




FB




"Ada juga yang bermain alat muzik, membuat bising selain gangguan bau masakan serta asap rokok yang menimbulkan ketidakselesaan jiran.


"Walaupun aduan tersebut dianggap remeh tetapi kita hidup berjiran, pastikan kediaman terjaga, bersih, mesra dan sentiasa prihatin," kata kenyataan itu.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 04:24 PM | Show all posts
bole gang dgn jiran aku
umah bersepah
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran aku buat umah dia tempat simpan stock tayar .macam2 jenis ada. Selalu lah ada Lori barang turunkan stok. ..itu kisah dulu,sekarang dah pindah ke kedai dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 04:34 PM | Show all posts
Ada juga yang bermain alat muzik



Maznah ke??


Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah heshe extend dinding zink tu ke? Gi la sewa warehouse kalau nak meniaga sangat.


Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 29-12-2022 04:34 PM
Maznah ke??

Tak. Mazlan


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2022 04:45 PM | Show all posts
Itu besi scaffolding kan? Owner rumah tu developer ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Amende la kumpul gitu...
Ni kalaunrohingya datang ...syurga utk.dia ooo...ramai2 amek letak dalam moto.roda tiga depa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 05:16 PM | Show all posts
Apa dibelakang rumah dia?  Water tower?  Ke scaffolding tu dulu dia beli since dia bina water tower belakang rumah sebab selangor asik water disruption jer  
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 29-12-2022 04:31 PM
Jiran aku buat umah dia tempat simpan stock tayar .macam2 jenis ada. Selalu lah ada Lori barang turu ...

sama mcm kwsan kejiranan aku sekarang…dgn pakej ternak nyamuk sekali…
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 29-12-2022 08:31 AM
Jiran aku buat umah dia tempat simpan stock tayar .macam2 jenis ada. Selalu lah ada Lori barang turu ...

Yang i perasan cina kalau jenis
Kumpul barang mcm ni takde la berselerak sangat
Cuma.membukit tapi kalau melayu punya rumah
Seram tgk
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku benci jiran aku dulu jemur kasut atas tembuk..,
Agaknya klu letak bawah lmbat kering ke ..,matahari jauh ....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 30-12-2022 05:23 AM
Aku benci jiran aku dulu jemur kasut atas tembuk..,
Agaknya klu letak bawah lmbat kering ke ..,matah ...

Atas tembok chuols ke?

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 30-12-2022 08:42 AM
Atas tembok chuols ke?

Tembok kan kongsi...
Masa tu dok teres hse
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 30-12-2022 10:06 AM
Tembok kan kongsi...
Masa tu dok teres hse

Ooo..korg kongsi duit buat tembok la ye...kira tak blh la nk marah dia.
Mcm iols guna 100% duit sendiri buat tembok. Mujur tembok tu iols letak saluran air hujan so jiran iols tak boleh nk letak apa² pun. Tp dia gi susun pasu² dia kat tembok sebelah kanan which also bukan dia share dgn jiran tu
Tak tau la if jiran tu ok or memendam rasa
Letak pasu jijik kot sb air meleleh jdkan tembok kotor/ berkulat.

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 30-12-2022 10:37 AM
Ooo..korg kongsi duit buat tembok la ye...kira tak blh la nk marah dia.
Mcm iols guna 100% duit se ...

Aku beli rumah 2nd hand masa tu....dah ada tembok pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 30-12-2022 04:18 PM
Aku beli rumah 2nd hand masa tu....dah ada tembok pun

Tak blh nk marah la sb tembok dah ada..
Tp kasut je ok la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.064592 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list