CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1609|Reply: 9

"Amir Jenis Tak Malu," Mira Filzah Belum Sedia Bawa Anak Datang Event

[Copy link]
Post time 28-12-2022 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Mira Filzah yang mengakui belum bersedia untuk membawa anak sulungnya yang belum mencecah usia setahun ke mana-mana acara.


Jelasnya, pendekatan itu pasti diambil apabila anaknya itu sudah mencapai umur yang bertepatan untuk dibawa ke majlis.


Foto: IG




"Buat masa ini, saya belum lagi membawa anak saya ke mana-mana acara, bagaimana pun saya pasti orang ramai maklum akan sensitiviti untuk menyentuh atau mencium bayi dengan pelbagai virus dan penyakit.


"Memang tidak dinafikan sebagai ibu pastinya kita risau akan kesihatan anak. Sedangkan jika anak berjauhan pun akan sedih inikan pula jika anak berada dalam keadaan kurang sihat," kata Mira.




  



Sementara itu, Mira berkongsi anaknya, Wan Khair Amir Wan Emir Astar sudah diintai jenama besar dan rumah produksi.


Pelakon popular itu berkata, dia dan suami terbuka memberi ruang kepada permata hati mereka terbabit dalam bidang komersil, namun perlu menapis tawaran mengikut kesesuaian usianya.




  



"Memang ada yang risik-risik mengenai kesediaan saya 'melepaskan' Amir ke dunia komersil sama ada membabitkan iklan mahupun berlakon.


"Kalau kempen yang memerlukan tempoh singkat boleh dipertimbangkan, cuma terbabit dalam lakonan mungkin bukan dalam waktu terdekat sebab dia masih terlalu kecil," katanya.


Kata pemilik nama lengkap Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, itu, sebenarnya sudah ada beberapa penampilan dia bersama Amir untuk promosi produk dan perkhidmatan yang menggunakan platform laman sosial.




  



"Amir pun suka tengok kamera macam yang ditunjukkan ketika kami menjalani kempen sebuah produk dari Korea Selatan. Dia bukan 'camera shy'," katanya.


Terdahulu, perkahwinan Mira dan suami, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada 3 September 2020 diserikan dengan kehadiran Amir yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Daku menanti komen dari kurex dan kaka duda
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tuo dh demo

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mira filzah 39 tahun ke???
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 03:17 PM | Show all posts
Your point of view is as clear as a blind spot on an awning. It's a lot to take in. I want to see what you write next fnaf

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 03:20 PM | Show all posts
belilies replied at 28-12-2022 08:05 AM
Mira filzah 39 tahun ke???

haha..TT ni pon, nak mengata Mighabesik tua pun agak-agaklah ya sampai 39 tu . hahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang tak kisah la laki beruban kau malu ke tak. Macam penting sangat kehidupan kau laki bini. Orang lagi nak tau laki kau dah bayar gaji staff ke belum. Takat tak sedia bawak anak dekat khalayak bukan cerita penting pun memandangkan kau pun dah tak relevan & tak pernah relevan.
Berlakon pun tak pandai, mengacara pun meleweh2 nak cover cun. Acah sopan utk tatapan peminat yg muka berminyak & lelaki gatal je kau satu tika dulu.
Balik2 watak sama. Sebab tu je la yg boleh kau lakon pun. Tu pun masih keras kejung kayu kayan lagi padahal watak tak mencabar langsung. Paling cilaka tu, kau boleh nak ajar mk macam mana nak hayati watak. Macam hebat sgt kau berlakon kan? Hey, kau bawak watak jahat pun aku ingat tu watak sama yg kau bawak dari mula kau wujud dalam industri sampai la kau dah retired sebab tak relevan.
Puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh dekat kau, melvins & kemut serta kakaknya
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
SherryZass replied at 28-12-2022 03:20 PM
haha..TT ni pon, nak mengata Mighabesik tua pun agak-agaklah ya sampai 39 tu . hahah

Haha lepas cuols reply ni baru iols gegeh gugel umo sheols. 29 tahunlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 10:18 AM | Show all posts
yela anak ko jela paling mesra pelanggan mesra rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 10:25 PM | Show all posts
lah wujud lagi sheols yach???

kaka dah hampir lupa kewujudan sheols di muka bumi ini... hampir ingat sheols adalah makhluk di universe yang lain....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.059940 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list