CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 566|Reply: 3

Perak Kuat Kuasa Sistem Reban Ayam Tertutup 3 Tahun Lagi

[Copy link]
Post time 28-12-2022 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Perak akan menguatkuasakan penggunaan sistem reban tertutup kepada semua pengusaha pada 1 Januari 2026.


Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, penetapan itu adalah lanjutan daripada keputusan Mesyuarat MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan) Bil. 2073 bertarikh 8 Jun 2022 sebagai satu langkah mengatasi isu kacau ganggu lalat.




Mohd Zolkafly ketika menjawab soalan lisan dikemukakan Faisal Abdul Rahman (Pas-Trong) sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Rabu. - Foto Korporat SUK Perak




"Kerajaan negeri melalui agensi Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengarahkan semua pengusaha-pengusaha unggas di negeri ini menuju ke arah sistem reban tertutup yang akan dikuatkuasakan pada Januari 2026.


"Langkah ini bagi memastikan (pengusaha) ladang-ladang penternakan sentiasa menjaga persekitaran ladang mereka supaya tidak berlaku kacau ganggu kepada masyarakat setempat," katanya ketika menjawab soalan lisan dikemukakan Faisal Abdul Rahman (Pas-Trong) sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Rabu.


Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah kacau ganggu lalat dengan penguatkuasaan Enakmen Perladangan Unggas Negeri Perak 2005 dan Peraturan- Peraturan Pengawalan Perladangan Unggas (Lesen) 2010.


Katanya, antara tindakan yang diambil dengan meningkatkan kekerapan pemantauan di kawasan aduan dan dikenakan kompaun kepada ladang-ladang penternakan ayam dan itik yang tidak mematuhi syarat-syarat enakmen tersebut.


"Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga ada mengeluarkan arahan pembatalan lesen menternak unggas kepada ladang-ladang yang bermasalah.


"Inisiatif dan langkah yang diambil ini akan memberi kesedaran dan pengajaran kepada pengusaha yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan dalam Enakmen Perladangan Unggas 2005," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2022 02:48 PM | Show all posts
berpuluh tahun pny isu


Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolongla
Kesian dulu aku dok swiss garden lumut tu teruk restoran dia bnyk lalat sbb katanya ada ladang ayam berdekatan
La ni double tree hilton dah take over, still problem yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
jfq replied at 28-12-2022 02:52 PM
Tolongla
Kesian dulu aku dok swiss garden lumut tu teruk restoran dia bnyk lalat sbb katanya ada lad ...

Weols yg tinggal di sitiawan manjung ni pon terkesan dgn lalat sebab ladang ayam ni. Padahal ladang ni dah jauh dah seberang sungai dinding tu, tapi kesan lalat tu jauh blh perginya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.044538 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list