CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Sabah] Pelajar Sabah Terbit Esei Di Majalah British “Margate Bookie”

[Copy link]
Post time 26-12-2022 06:24 PM | Show all posts |Read mode


KENINGAU : Karya esei Griselda Gilbert, pelajar seni kulinari KV Keningau, yang bertajuk “Petals & Thorns” telah dipilih untuk diterbitkan di majalah sastera British “Margate Bookie” edisi 2022 yang bertemakan “The Open Arms”.

Majalah itu hanya menerbitkan 50 hasil karya dari seluruh dunia setiap tahun dan esei pelajar ini merupakan salah satu hasil karya yang terpilih untuk diterbitkan pada tahun ini. Ianya boleh dimuatturunkan di pautan berikut: https://margatebookie.com/events-projects/the-margate-bookie-zine/#

Griselda Gilbert menulis esei tersebut berdasarkan perspektifnya terhadap kehidupan yang diibaratkan bunga ros yang harum dan cantik namun ianya berduri tajam.

Dia menjelaskan situasi pahit manis yang harus dilalui oleh setiap individu dan dia merumuskan bahawa pengalaman sebegini mampu membantu seseorang untuk menjadi lebih matang dan menghargai erti kehidupan.

Selain menulis esei, Griselda juga berbakat dalam menulis puisi dan dia pernah mendapat pengiktirafan di festival seni dalam talian melalui puisi haikunya beberapa bulan yang lepas.

Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, sentiasa mengalakkan para pelajar dan guru untuk menghasilkan karya penulisan sama ada dalam apa bahasa juga kerana ianya boleh membantu mereka memperkembangkan bakat kesenian mereka serta melatih mereka untuk berfikir secara lebih meluas.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.086888 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list