CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 0

[Sarawak] Pupuk persefahaman kaum

[Copy link]
Post time 26-12-2022 06:18 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kementerian Perpaduan Negara melancarkan pelbagai program bagi meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara ini.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ia sebagai usaha kerajaan untuk memupuk persefahaman antara semua agama dan kaum.

“Malaysia, sebuah negara yang harmoni dan semua rakyat boleh hidup bersama tanpa mengira agama, ideologi politik dan banyak lagi perbezaan.

“Disebabkan itu, salah satu program yang akan diadakan pada Minggu Perpaduan Malaysia oleh kementerian kami adalah program #IniMalaysiaKita untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Kami berharap program ini nanti dapat mengekalkan perpaduan secara keseluruhan kepada semua rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi taklimat di Kementerian Perpaduan Negara, Kompleks Persekutuan, di sini, kelmarin.

Aaron berkata, kementeriannya sedang merancang untuk mengadakan Minggu Perpaduan Malaysia di Sarawak pada Mei 2023.

“Kami akan mengadakan program tersebut secara besar-besaran dan kemudian mengadakannya di Sabah dengan pengisian pelbagai program berkaitan,” jelasnya.

Aaron menambah, setakat ini, rakyat Malaysia bertolak ansur antara satu sama lain.

Rakyat Malaysia katanya, tidak terpengaruh dengan isu agama dan perkauman yang dimainkan oleh tokoh politik.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kementeriannya akan memainkan peranan dalam menguruskan isu berkaitan perpaduan bagi mengurangkan impaknya kepada rakyat.

“Ini bukan sahaja isu politik, malah ada juga masalah lain (yang menyumbang kepada perkara ini).

Sebab itu kami cuba menguruskan dan mengehadkan masalah sekiranya tercetus oleh ahli politik menggunakan agama, bangsa, dan sebagainya untuk meraih undi,” katanya.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Indera Noridah Abdul Rahim turut hadir.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.060374 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list