CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Sarawak] Sektor pelancongan di Sarawak pulih

[Copy link]
Post time 26-12-2022 06:17 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Lebih 1.6 juta pelawat memasuki Sarawak dalam tempoh Januari hingga November tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak, Sharzede Datuk Salleh Askor.

Beliau berkata, ia merupakan peningkatan lebih 900 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Malah menurutnya, ia melepasi 1.2 juta pengunjung seperti yang disasarkan untuk tahun ini.

“Dalam tempoh tersebut, Sarawak berjaya mengutip RM3.87 bilion berbanding RM537 juta pada tahun lepas.

“Ia merupakan tanda bahawa pelancongan di negeri ini menjalani pemulihan yang baik sebagai persediaan menghadapi 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Media STB di The Waterfront Hotel, di sini, malam kelmarin.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada media yang membantu menyampaikan maklumat berkaitan pelancongan di negeri ini kepada masyarakat luar.

Tambahnya, sokongan berterusan media dalam menyampaikan mesej kepada orang ramai penting untuk memastikan Sarawak sentiasa mendapat tempat di hati mereka.

“Untuk tempoh Januari hingga November 2022, sebanyak 2,307 liputan diperoleh dan menjana anggaran RM87 juta dalam nilai perhubungan awam.

“Dari segi jangkauan digital pada November 2022, lebih 361,760 pengikut merentas semua platform digital STB diperoleh, pada masa sama menarik lebih 404,000 pelawat web,” ujarnya.

Oleh itu, beliau berharap persaudaraan media menjelang 2023 diteruskan untuk membantu meningkatkan profil Sarawak sebagai destinasi ekopelancongan terulung.

“Suara anda adalah alat komunikasi yang berkuasa dan membawa impak dengan mencetuskan rasa ingin tahu serta memastikan dunia sentiasa dikemas kini berhubung berita pelancongan terkini Sarawak.

“Melalui sumbangan tersebut, media secara tidak langsung memberikan keyakinan kepada pihak berkepentingan dan pemain industri sekali gus berperanan menarik pelabur ke Sarawak,” jelasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.418894 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list