CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

[Sabah] Penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Sabah satu petanda baik

[Copy link]
Post time 26-12-2022 06:13 PM | Show all posts |Read mode
KOTA  KINABALU: Pengumuman bahawa Petronas akan menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah kepada kerajaan negeri merupakan petanda baik.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Christina Liew berkata, penyerahan kuasa berkenaan juga selari dengan tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Sabah bakal menikmati lebih banyak kebaikan di masa hadapan

"Kita mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman ini dan tahniah juga kepada Ketua Menteri Sabah.

"Ini adalah antara perkara yang dituntut rakyat Sabah, kita ingin bergerak ke hadapan dengan hak kita di Sabah diiktiraf," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, kini tiba masanya kerajaan persekutuan untuk memberikan lebih banyak kuasa autonomi kepada kerajaan negeri.

Pada Rabu, Anwar dalam sidang media menjelaskan lebih banyak isu berkaitan MA63 akan diselesaikan dan perinciannya akan diumumkan bulan hadapan.

Berkaitan perkara itu, Christina turut menyeru agar kuasa meluluskan dan mengeluarkan lesen pelancongan diberikan kepada Sabah.

"Sabah mahu lebih banyak kuasa kawal selia dalam sektor pelancongan, pada 2019, saya telah mengutarakan perkara ini ketika membahas Bajet 2020 di Dewan Rakyat," katanya.

Katanya, kini kuasa melulus dan mengeluarkan lesen pelancongan terletak di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam jabatan perlesenan.

Sementara itu, Christina turut mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas dan Tahun Baharu 2023 kepada semua rakyat Sabah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.093387 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list