CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 0

[Sabah] Pesawat LJ065 dari Busan selamat mendarat di LTAKK

[Copy link]
Post time 26-12-2022 06:08 PM | Show all posts |Read mode


TIBA: Noredah hadir menyambut ketibaan sulung pesawat pesawat LJ065 syarikat Jin Air di LTAKK.
KOTA KINABALU: Syarikat penerbangan Jin Air dari Busan Korea Selatan selamat mendarat di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada jam 11.50 malam, di sini pada Jumaat.

Seramai 180 penumpang termasuk kapten dan kru kabin yang menggunakan Pesawat LJ065 itu disambut secara meriah oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB).

Ketua Pegawai Eksekutif Jin Air Co. Ltd Park Byung-Ryool berkata, Busan adalah bandar kedua terbesar di Korea Selatan dan pelabuhan terbesar di negara tersebut.

Katanya, Jin Air akan menyediakan perkhidmatan penerbangan terus dari Busan ke Kota Kinabalu pada setiap hari.

“Penerbangan julung kali ke negeri ini adalah satu penghormatan kepada syarikat kami untuk memberikan perkhidmatan kepada lebih ramai penumpang ke Kota Kinabalu dari Korea.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak khususnya STB yang membantu merealisasikan laluan baharu syarikat kami dari Busan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman berkata pihaknya sangat gembira kerana penerbangan terus daripada Busan dapat direalisasikan.

“Laporan awal yang kami terima, sambutan penerbangan ke Kota Kinabalu ini sangat menggalakkan kerana purata penumpangnya melebihi 70 peratus.

“Saya percaya jumlah itu adalah satu permulaan yang baik bagi syarikat penerbangan Jin Air ke Kota Kinabalu,” katanya.

Menurutnya, Kota Kinabalu kini dihubungkan dengan tiga bandar di Korea Selatan iaitu Seoul, Busan dan Muan.

“Sebelum ini penerbangan dari Busan ke Kota Kinabalu dilakukan oleh syarikat Air Busan dan Eastar Jet,” katanya.

Pada April lalu, STB yang diketuai oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai dan Noredah telah melawat ke Seoul.

Lawatan itu adalah untuk bertemu dengan pengendali syarikat penerbangan Korea dan ejen terkemuka bagi mewujudkan semula hubungan antara kedua-dua negara susulan pembukaan semula sempadan negara.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.170707 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list