CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Sabah] 105 rumah roboh akibat fenomena air pasang besar

[Copy link]
Post time 26-12-2022 06:05 PM | Show all posts |Read mode


PANTAU: Pasukan operasi masih memantau kawasan tersebut supaya tiada perkara tidak diingini berlaku.
SANDAKAN: Sebanyak 105 rumah dilaporkan roboh akibat dipukul ombak ketika fenomena air laut pasang besar di dua kampung di daerah ini, pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, lebih 200 mangsa dilaporkan terjejas membabitkan penduduk Kampung Forest dan Tinusa Dua.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Nor Azizi Che Noh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.14 malam.

“Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Operasi turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) ,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, pasukan operasi mendapati lebih 100 buah rumah roboh di Kampung Forest, manakala lima rumah di Kampung Tinusa.


“Sementara itu, 500 rumah lagi di kedua-dua kampung terbabit dilaporkan turut terancam, namun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
“Semua mangsa yang terjejas kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anib Dua,”katanya.

Nor Azizi berkata, pasukan bomba membuat pemantauan di Kampung Forest dan menamatkan operasi pada jam 1.45 pagi selepas keadaan di kawasan itu selamat.

Sementara itu, Pegawai APM Sandakan, Josua Kudong berkata jumlah mangsa dijangka meningkat memandangkan proses pendaftaran masih dijalankan semalam.

Katanya, fenomena air pasang di Kampung Tinusa 2, ombak mencecah 2.8, meter sejak semalam dan mengancam kira-kira 20 rumah lagi di kampung itu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.069021 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list