CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Sarawak] Rakyat Sarawak diseru pelihara perpaduan, keharmonian

[Copy link]
Post time 26-12-2022 06:01 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Rakyat Sarawak khususnya golongan muda perlu memainkan peranan dalam memelihara dan mengukuhkan perpaduan dan keharmonian yang dikecapi negeri ini sejak sekian lama.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, perpaduan dan keharmonian merupakan faktor penting yang perlu sentiasa disemai dalam kalangan masyarakat negeri ini yang terdiri dari pelbagai kaum dan pegangan agama.

Katanya, perpaduan yang erat itu menjadi kekuatan Sarawak dalam menghadapi pelbagai cabaran termasuklah persaingan di peringkat global mahupun penularan pandemik COVID-19.

Malah, beliau berharap sikap hormat-menghormati yang sudah lama wujud dalam kalangan rakyat di negeri ini akan sentiasa dikekalkan.

“Kita berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri Sarawak dan juga kepada badan sukarelawan termasuklah individu yang bermurah hati menghulurkan bantuan tanpa mengira agama dan bangsa semasa pandemik COVID-19.

“Ini menunjukkan bahawa rakyat kita merupakan rakyat yang prihatin, mementingkan perpaduan dan keharmonian dan saling bantu-membantu.

“Dalam hal ini, kerajaan Sarawak telah memberi sebanyak RM6.7 bilion melalui sembilan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS),” katanya dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Krismas 2022 dan Tahun Baharu 2023.

Menurutnya, kerajaan Sarawak telah melancarkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang mempunyai hala tuju dan objektif yang jelas untuk menjadikan Sarawak sebuah negeri yang maju pada tahun 2030.

Dalam hal ini, Tun Taib menyeru semua rakyat Sarawak agar terus berganding bahu dan berusaha gigih demi mencapai kejayaan yang diaspirasikan dalam PCDS 2030.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan atas komitmen, kecekapan dan usaha yang telah dilaksanakan dalam menangani dan membendung penularan pandemik COVID-19 di Sarawak.

“Kita sedar dan faham betapa banyaknya cabaran yang mereka hadapi ketika pandemik melanda dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terjaga dan terkawal.

“Usaha mereka semua amat kita hormati dan saya berterima kasih kepada mereka semua,” tambahnya.

Dalam pada itu, Tun Taib mahu tradisi kunjung-mengunjung- diteruskan sebagai medium untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat dan penduduk di negeri ini.

Ujarnya, kemeriahan dalam menyambut perayaan ini akan tetap dirasai meskipun dalam keadaan suasana sederhana kerana pandemik COVID-19 masih menular.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.075827 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list