CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Sarawak] Mangsa banjir di PSS perlu diberi keselesaan, makanan yang mencukupi: Nancy

[Copy link]
Post time 26-12-2022 05:57 PM | Show all posts |Read mode


Nancy mengadakan lawatan ke atas mangsa banjir di PPS Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Mangsa yang terjejas banjir mendapat layanan yang baik selain memastikan bekalan makanan yang disediakan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencukupi untuk kesemua mangsa.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri turut mengharapkan selain memastikan bekalan makanan mencukupi, kebersihan di PPS juga turut diambil berat.

"Kita pergi melawat ke PPS (Sekolah Kebangsaan, Kampung Baru) untuk melihat sendiri perkhidmatan yang diberi oleh kerajaan terutama sekali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Nampaknya semua berjalan dengan baik dan lancar. Apabila ditanya dengan mereka (mangsa) tinggal di sini (PPS) mendapati makanan cukup, kebersihan dijaga dan itu yang kita harapkan.

"Kita juga berharap keadaan banjir bertambah pulih agar mangsa dibenarkan balik ke rumah masing-masing. Namun ia bergantung kepada cuaca dan situasi," katanya ketika ditemui media di PPS SK Kampung Baru, di sini hari ini.

Jelasnya, setakat ini di PPS Kampung Baru terdapat 24 ketua isi rumah (KIR) melibatkan 82 individu manakala seramai 77 ahli keluarga ditempatkan di PPS Dewan Suarah Kota Samarahan

Berhubung bantuan untuk mangsa banjir, Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, kerajaan pusat turut memberi bantuan selain daripada perkhidmatan yang disediakan NADMA.

"Dari segi barang makan, kita juga memberi wang ihsan untuk satu keluarga berjumlah RM1,000.

"Bagi mereka di kawasan di bawah kami (Parlimen Santubong), kami tambah juga kepada mereka yang menjadi mangsa banjir atau mangsa bencana. Sebagai wakil rakyat, kita bantu," tegasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.402723 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list