CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 310|Reply: 0

[Sarawak] Wanita maut, tiga lagi cedera parah di Limbang

[Copy link]
Post time 26-12-2022 05:55 PM | Show all posts |Read mode


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Limbang sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Alza dan Kembara dalam kemalangan di Limbang, petang Ahad.
MIRI: Seorang wanita yang merupakan pelatih jururawat meninggal dunia sementara tiga lagi cedera parah dalam kemalangan di Jalan Mendamit Simpang Kampung Bangkuati, Limbang, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata mangsa yang meninggal dikenali sebagai Deena Lorenza Christoper berumur 22 tahun berasal dari Kampung Bawang Ranggas Limbang.

Manakala indentiti mangsa yang cedera parah ialah penumpang kereta mangsa, Debby Nathalie Christopher, Ahmad Aziz dan pemandu kereta jenis Alza, Mohamad Hafizul Hafiz Muran.

Dalam perincian kes, kereta jenis Perodua Kembara yang dipandu mangsa bersama dua lagi penumpang dipercayai telah bertembung dengan kereta Perodua Alza yang berlaku sekitar jam 4.20 petang Ahad.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan jenis Perodua Kembara dari arah Bandar Limbang menuju ke Kampung Bawang Ranggas manakala kenderaan Perodua Alza dari arah Tedungan menuju ke arah Bandar Limbang.

Sampai dilokasi kejadian, kereta Perodua Alza dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan kenderaan Perodua Kembara yang berada di lorong berkenaan (lorong kiri menuju ke arah Bandar).

"Akibat daripada kejadian tersebut pemandu kenderaan Perodua Kembara  telah meninggal dunia di tempat kejadian yang disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Limbang, manakala kedua-dua penumpang kenderaan Kembara dan pemandu Alza telah mengalami kecederaan parah dan telah di bawa ke Hospital Limbang untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kedua-dua kederaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan. Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kenderaan Proda Alza yang dipandu telah memasuki haluan bertentangan.

Kes telah disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.090289 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list