CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

[Sarawak] Sentiasa waspada dengan kemasukan elemen pelampau

[Copy link]
Post time 26-12-2022 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Lee ingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan cara hidup berlainan cuba dibawa masuk ke negeri ini

Lee ditemani Dennis (kanan) dan Abdul Aziz menari ngajat pada rumah terbuka Hari Krismas di kediaman Dennis hari ini.
"Memang di Sarawak kita sentiasa berwaspada supaya elemen-elemen pelampau tidak masuk ke sini.”

Dato Sri Lee Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak

Oleh Steve Annuar

MIRI: Rakyat diminta berwaspada terhadap elemen-elemen pelampau dari luar dan harus bersatu mencegahnya dari masuk dan menular ke negeri ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin mengingatkan rakyat di negeri ini agar tidak mudah terpengaruh dengan cara hidup berlainan yang cuba dibawa masuk ke negeri ini.

Menurutnya, ia untuk menjaga keharmonian dan semangat perpaduan yang lama terjalin antara rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya.

"Memang di Sarawak kita sentiasa berwaspada supaya elemen-elemen pelampau tidak masuk ke sini.

"Ini kita perlu jaga kerana pelampau-pelampau itu sama ada dari segi agama, politik mahupun sosial menjejaskan perpaduan dan keharmonian rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa mengunjungi rumah terbuka sambutan perayaan Hari Krismas di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau di Senadin hari ini.

Dennis berkata, antara keunikan di Sarawak ialah dalam satu keluarga memiliki saudara-mara daripada kaum dan agama lain iaitu menerusi perkahwinan campur.

"Ia sekali gus memperkukuh toleransi, persefahaman dan saling hormat menghormati terhadap kepercayaan, kebudayaan dan tradisi kaum lain.

"Daripada keistimewaan ini, rakyat Sarawak juga meraikan pelbagai perayaan yang disambut secara aman dan harmoni," jelasnya.

Menurut Lee, budaya kunjung mengunjung semasa rumah terbuka pada setiap perayaan mengukuhkan semangat muhibah, tali persaudaraan dan persahabatan dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, beliau menggesa generasi muda memainkan peranan memelihara, mengekal dan meneruskan keunikan tradisi rakyat agar tidak hilang ditelan kehidupan moden.

"Ini cara hidup kita di Sarawak. Saya berharap tradisi kita di Sarawak terus dikekalkan khasnya generasi muda.

“Ini satu tradisi yang tidak harus diabaikan walaupun dikatakan zaman IT," katanya.

Hadir sama Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.054008 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list