CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 279|Reply: 0

[Sarawak] Taman Negara Santubong ditutup sementara waktu

[Copy link]
Post time 26-12-2022 05:52 PM | Show all posts |Read mode


Taman Negara Santubong ditutup buat sementara waktu.-gambar FB SFC

KUCHING: Taman Negara Santubong akan ditutup buat sementara waktu bermula 26 Disember ini sehingga suatu tempoh yang akan diberitahu kelak.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam kenyataan memberitahu, penutupan taman rekreasi itu dilaksanakan susulan faktor cuaca pada masa ini.

"Sila ambil maklum bahawa Taman Negara Santubong akan ditutup bermula hari ini iaitu 26 Disember hingga suatu tempoh yang akan diberitahu kelak.

"Penutupan ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu yang berlaku ketika ini," katanya menerusi satu hantaran menerusi Facebook hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya turut menyatakan ucapan terima kasih atas kesabaran dan masyarakat yang faham situasi berkenaan.

"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan terima kasih atas pemahaman dan kesabaran anda," katanya.

Pada sidang media Jumaat lalu, Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menasihati orang ramai sentiasa peka dengan keadaan cuaca.

"Orang ramai perlu peka dengan keadaan cuaca melalui pengumuman yang dibuat oleh pihak berkuasa terutama pada musim tengkujuh ini.

"Ibu bapa perlu memantau keselamatan anak-anak supaya tidak bermain air bah dan juga perlu elakkan untuk berkelah ke kawasan yang berada di kawasan yang terdedah kepada banjir atau tanah runtuh,” jelasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.067153 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list