CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4906|Reply: 22

30 rahsia pompuan yg lelaki x tau!!

[Copy link]
Post time 14-11-2010 01:13 AM | Show all posts |Read mode
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


27. Senjata wanita adalah airmata!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2010 08:05 AM | Show all posts
Reply 1# mysweetisha


   tak semua betul, pasal yang senyum tu, ape ko ingat semua pompuan nie boleh meroyan ke dengan senyuman! senyum tu kan sedekah, permulaan bicara!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 08:06 AM | Show all posts
Reply 1# mysweetisha


   aku suke betul ko punya avatar! cute nyer Rain nie!!!em..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2010 12:29 PM | Show all posts
Reply  mysweetisha


   aku suke betul ko punya avatar! cute nyer Rain nie!!!em..
lizaliza Post at 14-11-2010 08:06 AM



Rain ni memg cute gilerrrr....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 12:32 PM | Show all posts
ak sgt sokong no.27 tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 01:20 PM | Show all posts
Reply  mysweetisha


   tak semua betul, pasal yang senyum tu, ape ko ingat semua pompuan nie bo ...
lizaliza Post at 14-11-2010 08:05



    tak mengaku?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2010 03:08 PM | Show all posts
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


hohoho...jgn men2 pasal nie
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 05:44 PM | Show all posts
tak mengaku?
king\'s Post at 14-11-2010 13:20


dah memang betul! buat pe plak tak mengaku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2010 05:46 PM | Show all posts
Rain ni memg cute gilerrrr....
mysweetisha Post at 14-11-2010 12:29


memang dia betul-betul original korea ke, bukan mix ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 05:55 PM | Show all posts
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
mysweetisha Post at 14-11-2010 01:13



hahaa..mmg saje nak carik pasal ler ni......
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 08:42 PM | Show all posts
dah berkurunlah benda ni.
anyway, thanks TT.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 11:22 PM | Show all posts
dah memang betul! buat pe plak tak mengaku
lizaliza Post at 14-11-2010 17:44



    yelah, percaya.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2010 11:24 PM | Show all posts
memang dia betul-betul original korea ke, bukan mix ke
lizaliza Post at 14-11-2010 05:46 PM



yap..ori korea, takde mix...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 11:47 PM | Show all posts
Reply 1# mysweetisha


    iye laa tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 12:38 PM | Show all posts
Reply 1# mysweetisha


   btul btul!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 06:31 PM | Show all posts
NAK JUMPA KE TAK NAK....ADUSSSSSSSSS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2010 09:01 PM | Show all posts
teori je, bukan semua blh pkai
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 09:22 PM | Show all posts
No. 15 itu benar..........
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 08:02 AM | Show all posts
Reply 1# mysweetisha


   konfiden jek...tapi

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

masa bercinta kentut pun cute

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

kalo sebut..apa pandang2? tu mmg tak suka la kan??

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


aku takkan puji kalo aku tak rasa ikhlas nak puji

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

betul2..bak kata thread gay satu lagi..ada elemen2 ilmu mak esah mak jijah segala

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


basic human behaviour rasanye ni

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

joker: why so serious?

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


kalo hensem la..

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


tricky gak ni..selalu nye tu le jadi...u r nice but we just friends

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

sapa la yg tak paham2 lagi, aku pun x paham, bukan pompuan je, lelaki pun buat gak


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

str8 to the point..less drama

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  

kenapa la tak jumpa lelaki B dulu sebelum jumpa pakwe aku ni..

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

ni teenager with raging hormone je buat kot

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


tapi jgn le harap baru putus semalam hari dah bole tukar..

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


betul2...even teman baik dier lelaki, pakwe dier pun takkan tau few things yg kawan baik dier tau

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

cinta is drama

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

tapi ramai wanita nak lelaki yg duit nye sepenuh poket

27. Senjata wanita adalah airmata!!


kalo dah sikti2 nangis mmg tak berkesan la

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

aku kenal yg tak suka!! few gak la

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai pandailah...


ni ada betul rasanye, kalo bagi perhatian lebih sikit je mula la fikir lain, tu la lelaki jgn semanajang baik sgt dgn pompuan, ada lelaki kadang2 tak minat pompuan tu, tapi mmg style dier ke hapa..konon2 nye konsep hidup dier kene nice dgn sume pompuan, pehtu bila pompuan tu dah berminat kat dier dh gelabah



Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 10:08 AM | Show all posts
woooo..best giler! blh dikatakan aku setuju sgt dgn 30 perkara ni..sbb sume ni aku pnh merasa bile ngan pompuan..x ssh nk pikat pompuan sbnrnye. even jantan tu muka pecah umah, stil blh dpt awek lg. tips dia yg 30 kat atas tula..try la. aku dah berjaya..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.061147 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list