View: 525|Reply: 0
|
[Pahang]
Damak King laris kalahkan Musang King di Jerantut
[Copy link]
|
|
AHMAD Mustapha menunjukkan ulas dan isi Damak King yang menjadi rebutan ramai pelanggan di Kampung
Damak di Jerantut, Pahang. – MINGGUAN/HARIS FADILAH AHMAD
JERANTUT: Durian varieti Damak King, Kampung Damak di sini ‘laris’ dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penggemar raja buah itu sekali gus mendominasi pasaran di daerah ini pada musim ini.
Rasa isi Damak King lebih sedap dan aromanya mengujakan antara sebab ia berjaya menambat hati pelanggan sehingga mengatasi jualan durian Musang King dan Durian Premium Kampung (DPK) jenis lain di situ.
Damak King mendapat permintaan ramai kerana baka DPK yang sudah dikenali seperti Mas Hijau, Kulit Buaya, Naga Emas dan Aji Aziz kurang berbuah musim ini di Lembah Durian, Kampung Damak.
Bercakap kepada Mingguan Malaysia, peniaga durian, Ahmad Mustapha, 44, berkata, sejak buah itu gugur dan dipasarkan di gerai jualan berdekatan Jalan Jerantut – Benta di kampung tersebut, Damak King ‘laris’ setiap hari dan kebanyakan penggemar sudah membuat tempahan awal.
“Tetapi, jualannya agak terhad kerana Damak King cuma berbuah di dusun milik seorang pekebun di sini, Jusoh Abd. Rahman dan difahamkan cuma sepokok sahaja berbuah antara 200 hingga 300 biji musim ini,” katanya di Kampung Damak di sini semalam.
Ahmad yang juga pengusaha cantuman tunas berkonsepkan Millions Of Seedling berpusat di Kampung Damak selanjutnya berkata, faktor cuaca juga antara penentu atau sebab durian Damak King dan jenis DPK lain, iaitu Mas hijau, Kulit Buaya, Naga Emas dan Aji Aziz kurang menjadi (berbuah) musim ini.
Menyingkap sejarah Damak King, beliau berkata, durian itu asalnya dari baka Tok Merah yang ditanam oleh seorang penduduk di situ dan kemudian memperoleh baka baharu (Damak King) menerusi cantuman tunas dan ditanam oleh empat orang pekebun durian di kampung itu sejak 40 tahun lalu. -UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... g-king-di-jerantut/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|