View: 1197|Reply: 17
|
KPDN Halang Kenderaan Asing Isi Minyak Bersubsidi
[Copy link]
|
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berada dalam peringkat akhir bagi mewujudkan peraturan untuk menghalang mana-mana kenderaan asing daripada mengisi minyak diesel bersubsidi di negara ini.
Buat masa ini, kebanyakan kenderaan asing hanya dibenarkan mengisi minyak diesel bersubsidi tersebut dengan jumlah maksimum sebanyak 20 liter sahaja.
Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof berkata, perancangan yang dibuat menerusi Program Ekonomi Sempadan-Pembekalan Petrol RON95 & Diesel Tanpa Subsidi itu dibuat memandangkan terdapat banyak kenderaan asing dikesan cuba mengambil kesempatan membeli bahan kawalan itu melebihi jumlah yang ditetapkan.
FB KPDN
“Banyak kenderaan asing dikesan cuba mengisi diesel bersubsidi ini melebihi jumlah ditetapkan dengan pergi ke beberapa stesen minyak bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu.
“Dan disebabkan itu, kita mesti hentikan perbuatan ini dengan cara mengeluarkan peraturan untuk tidak membenarkan mereka mengisi diesel bersubsidi ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kilang Pembungkusan Minyak Masak Halipah di Kompleks Wakaf Behor Lalang di sini hari ini.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pengarah KPDN Perlis, Norazah Jaapar.
Isu ketirisan petrol dan diesel bersubsidi dilihat meruncing sejak kebelakangan ini khususnya selepas pintu sempadan negara dibuka bermula April lalu apabila banyak kenderaan asing dilaporkan mengambil kesempatan untuk mengisi bahan kawalan tersebut.
Dalam pada itu, Azman berkata, selain dapat mengekang ketirisan bahan subsidi itu, langkah yang bakal diambil menerusi penguat kuasaan tersebut juga dilihat tidak akan memberi kesan negatif kepada kenderaan asing yang perlu mengisi petrol dan diesel di negara ini.
“Ini kerana didapati harga petrol dan diesel tanpa subsidi di Malaysia masih lebih murah berbanding dengan harga yang dijual di negara jiran.
“Disebabkan itu kita kena sediakan opsyen kepada mereka dengan menyediakan diesel tanpa subsidi buat kenderaan asing,” katanya.
Di samping itu, Azman berkata, program berkenaan juga akan dimulakan secara rintis di Perlis memandangkan negeri itu mempunyai stesen-stesen minyak komersial yang menjual petrol RON95 dan diesel tanpa subsidi di Padang Besar serta Wang Kelian.
Tambahnya, KPDN juga sedang mengadakan libat urus dengan syarikat-syarikat minyak bagi menawarkan pembekalan petrol dan diesel tanpa subsidi di Perlis.
“Program rintis ini dijangka bermula pada Januari 2023 dan kajian impak akan dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan sebelum keputusan dibuat untuk pelaksanaan di negeri-negeri sempadan yang lain,” katanya.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
halang acaner...korang tunggu kt stesen minyak ke...???? |
|
|
|
|
|
|
|
senang je nak halang geng2 asing dari curi minyak ni, kerajaan kena kuatkuasakan undang2 yang mewajibkan setiap kereta asing yg masuk malaysia dipasang tracker yg kesan pergerakan kereta mereka. Aku yakin nanti negara luar akan buat benda yang sama untuk menjaga keselamatan negara mereka. Bila balik baru check tracker tu, kalau mereka dikesan curi minyak lebih dari had dibenarkan, denda mereka dengan jumlah yang besar macam kat thailand, kalau boleh tahan mereka di penjara dan paksa mereka jelaskan hutang denda tu, jika tak selagi tu tak boleh dilepaskan. Kalau kesalahan berulang, kena blacklist orang tu dari masuk malaysia. Dengan cara ni mereka akan takut nak buat kerja jahat. |
|
|
|
|
|
|
|
Itzy replied at 25-12-2022 05:14 AM
senang je nak halang geng2 asing dari curi minyak ni, kerajaan kena kuatkuasakan undang2 yang mewaji ...
SGX tersenyum mengekek...........catch me if you can....
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Hapuskan subsidi lah bodoh. Ko tengok thailand singapore xde subsidi ada ka orang Malaysia gigih nak isi minyak kat seberang xde kan? Diorang boleh buat kenapa Malaysia tak boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 25-12-2022 09:43 AM
Hapuskan subsidi lah bodoh. Ko tengok thailand singapore xde subsidi ada ka orang Malaysia gigih nak ...
Shell V Power Racing....selitre skg RM5.50 tanpa sabsidi...
Plate SGX masuk malaysia top up on this premium gred...that's easily a good S$2 saving per litre for them...kalo 50litre tank?
Ko ghaser? |
|
|
|
|
|
|
|
Hapuskan sabsidi minyak...period...boleh juga bantu mengurangkheun kesesakhen dijalanraya....supaya aku dan GLC 250 ku dapat meluncur tanpa sebarang jem.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka pakai kenderaan plet tempatan lah pusing2 1 malaysia kemain soping |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 25-12-2022 10:16 AM
Mereka pakai kenderaan plet tempatan lah pusing2 1 malaysia kemain soping
Setakat rumah dimalaysia ini mampoo dibeli dua tiga bijik...inikheun pula beli PRADO plet sini....jln jln isi RON 95?
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
denda mereka dengan jumlah yang besar macam kat thailand apa yang Thailand buat? bagi contoh sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa la benak sgt gomrn nih.....wajibkan suma kenderaan asing bayar deposit RM1k time masuk msia, refund blh claim dgn syarat owner keta tunjuk resit beli minyak ron 97 keatas, gagal tunjuk @ resit hilang deposit kira burn.....at least gomen dpt side income |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 25-12-2022 10:16 AM
Mereka pakai kenderaan plet tempatan lah pusing2 1 malaysia kemain soping
Ok gak tu..at least owner kete sewa dpt la income..minyak pon bukannya boleh diorg sedut |
|
|
|
|
|
|
|
target kereta siam je ni
plet 'S' masih tak kacau sebab resort2 kat desaru yang RM1k+ per night tu semua fully booked now.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hapus je la subsidi petrol dan diesel.. kan senang |
|
|
|
|
|
|
|
wah bijak sis... mana2 yang melilau tu senang kita nak bidek kan. Guna drone pun boleh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|