Tindakan pantas anggota polis berjaya menyelamatkan dua wanita warga emas yang melintasi landasan kereta api Hoshangabad di Madhya Pradesh, India.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), seorang wanita dilihat menjunjung barangan di atas kepala manakala seorang lagi membawa sebuah beg untuk melintas landasan kereta api tersebut.
Tidak berapa lama kemudian, kelihatan sebuah kereta api menghampiri kedua-dua wanita tersebut sebelum mereka ditarik anggota polis ke atas platform.
Kementerian Kereta Api yang berkongsi rakaman video itu menghargai tindakan Pasukan Perlindungan Kereta Api dan Polis Kereta Api Kerajaan.
Twitter Ministry of Railways
"Keselamatan diutamakan. Kakitangan menyelamatkan dua wanita warga emas yang melintasi landasan kereta api.
"Kami ingin mengingatkan anda supaya menggunakan jejantas untuk bergerak dari satu platform ke platform yang lain," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Sumber: Majoriti |