CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 582|Reply: 3

3 Beranak Tumpang Tinggal Di Stor Kebun, Makan Minum Bergantung Ihsan Penduduk Setempat

[Copy link]
Post time 23-12-2022 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Tiga beranak di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah di sini terpaksa meneruskan kehidupan dengan menumpang di sebuah stor kebun sejak lebih sebulan lalu.


Hasan Dahlan, 55, bersama isterinya, Rosminah Hasdawi, 54, serta anak bongsu berusia 18 tahun mendiami stor berkenaan selepas pemilik kebun itu bermurah hati memberi kebenaran setelah mereka terpaksa keluar dari rumah sewa kerana gagal menjelaskan bayaran bulanan.


Hasan yang menghidap buah pinggang kronik sejak Julai tahun lalu terpaksa menjalani dialisis setiap hari dan menyukarkannya untuk melakukan kerja-kerja berat seperti sebelum ini.




Hasan (dua dari kiri) bersama isteri dan anaknya yang menumpang teduh di sebuah stor kebun di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah pada Jumaat.





Menurut Hasan, dia dipilih sebagai sukarelawan masjid untuk melakukan kerja-kerja pembersihan bagaimanapun bayaran bergantung kepada pihak berkenaan.


"Disebabkan saya berstatus penduduk tetap, saya terpaksa melakukan sendiri dialisis di rumah kerana tidak mampu ke mana-mana pusat dialisis dan segala kelengkapan dialisis terpaksa dibeli sendiri.


"Setakat ini, makan minum kami tiga beranak bergantung kepada ihsan penduduk setempat yang prihatin dengan nasib kami yang sering berpindah randah," katanya ketika menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Hameed Myhtheen Basheer di Paya Rumput di sini pada Jumaat.


Hasan berkata, anak bongsunya, Norsofiah juga berstatus orang kurang upaya (OKU) dan sering diserang sawan.


"Disebabkan penyakit ini, Norsofiah tidak dapat bersekolah," kata bapa kepada tiga anak ini.


Sementara itu, Hameed Myhtheen berkata, sebelum ini pihaknya telah membantu mendapatkan kad OKU untuk Norsofiah bagi membolehkan dia berdaftar di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdekatan.


"Malah permohonan bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah diluluskan dan akan disalurkan kepada Norsofiah bermula Januari depan," katanya.


Sementara itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya akan melihat keperluan lain dan melihat status permohonan kewarganegaraan Hasan serta isterinya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2022 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Comey anak nya sofiah tu..
Harap2 adek dpt bantuan dan masuk.pdk.tu.bagus tau utk orang berkeperluan khas ni...
Mcm2 kemahiran
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan warganegara ke...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mana ank lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.051106 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list