Ekoran pengarah Syamsul Yusof dikatakan bakal ambil tindakan saman berjumlah RM10 Juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Puteri Sarah Liyana tampil mempersoalkan tindakan yang mahu diambil Syamsul Yusof itu.
Menerusi IG Story, Puteri Sarah, 37, menuntut agar Syamsul menjelaskan perkara sebenar yang sedang berlegar-legar tentang dirinya bagi mengelak sebarang kemusykilan.
"Tiba.. Jadi betul lah gosip itu? Ok mengaku sajalah. Ini masanya untuk awak mengaku"
Benda baik itu baik umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga sendiri,"
Fitnah? Kebenaran pasti menang". katanya.
Terdahulu Syamsul memberitahu dia mahu mengemukakan saman terhadap Jawi berjumlah RM10 juta. Tindakan itu adalah disebabkan badan tersebut didakwa membongkar maklumat peribadi mengenai dirinya yang dianggap sebagai satu fitnah.
Kemelut melibatkan mereka bertiga masih belum menemui titik noktah
Syamsul mendakwa Jawi telah menyebar kenyataan tidak benar, fitnah dan palsu pada keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi. - CARI |