CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

[Pahang] 4,900 hektar sawah musnah ditenggelami banjir

[Copy link]
Post time 22-12-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode

Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan, Muhamad Khalil Idris (kanan) bersama pesawah Ibrahim Sulaiman melihat padi yang musnah akibat ditenggelami banjir di Kampung Langgar, Pekan. - Foto NSTP/MOHD RAFI MAMAT

PEKAN: Seluas 4,900 hektar sawah di daerah ini ditenggelami banjir yang berlaku minggu lalu, menyebabkan kerugian kira-kira RM5 juta.

Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan, Muhamad Khalil Idris, berkata enam kawasan skim sawah di Pekan, diusahakan 2,200 pesawah tempatan musnah kerana ditenggelami banjir.

Beliau berkata, ia membabitkan Skim Serandu, Skim Mambang, Skim Pulau Tambun, Skim Ganchong, Skim Pahang Tua dan Skim Merchong, yang mengusahakan tanaman padi dua kali setahun.

Katanya, hujan berterusan sejak November lalu hingga kini menyebabkan banjir berlaku di kawasan terbabit hingga mencapai setinggi kira-kira satu meter.


"IADA Pekan dan Jabatan Pertanian Pahang kini berusaha mengumpulkan maklumat terkini, selain melakukan penilaian kerosakan sebenar tanaman padi di kawasan sawah yang banjir telah surut.

"Kita juga memantau secara berterusan kawasan yang masih ditenggelami air. Maklumat disalurkan secara berkala kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk tindakan susulan," katanya.

Muhamad Khalil berkata, banjir yang berlaku kali ini menyebabkan ramai pesawah tidak sempat menuai padi yang sudah matang dan padi rosak selepas tiga hari ditenggelami air.

Beliau berkata, pesawah menukar jadual menanam padi musim kedua kali ini dengan mengawalkannya bagi mengelak kejadian banjir, namun musim hujan bermula awal iaitu bulan lalu berbanding kebiasaannya pada Disember.

Katanya, pesawah yang terbabit dengan kejadian itu berpeluang menerima bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP).

"TBTP yang disediakan kerajaan bukan ganti rugi, sebaliknya wang ehsan bagi menampung beban kerugian yang ditanggung pesawah terbabit," katanya.

Tahun lalu, seramai 1,203 pesawah di daerah ini menerima TBTP berjumlah RM3.21 juta.

https://www.bharian.com.my/berit ... ditenggelami-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 1.704031 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list