CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Tempatan] Lebih separuh premis kurang bekalan telur

[Copy link]
Post time 22-12-2022 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Lebih separuh premis kurang bekalan telur

https://www.utusan.com.my/nasion ... rang-bekalan-telur/

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
22 Disember 2022, 10:39 am


MOHD. Zuhairi Mat Radey menyertai Op Terjah dalam pasar raya dekat sebuah pusat beli belah di Klang, Selangor, semalam. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS

KLANG: Lebih 50 peratus daripada 110 premis diperiksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) Selangor dalam 14 kawasan Parlimen di negeri ini mengalami kekurangan bekalan telur.

Lebih spesifik, sebanyak 40 premis dikesan mengalami kekurangan bekalan berbanding 70 yang diperiksa dalam Pemeriksaan Operasi (Op) Terjah yang berjalan pada 17 Disember lalu hingga kelmarin sempena musim perayaan Hari Krismas.

Turut diperiksa adalah tahap keberadaan barangan keperluan asas lain seperti ayam, minyak masak paket bersubsidi, gula dan tepung gandum yang bekalannya didapati stabil.

Pengarah KPDNKSH Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, pihaknya dapat mengenal pasti lokaliti di Selangor yang menunjukkan situasi keberadaan bekalan yang terjejas dan pergerakan harga yang agresif.

“Mana-mana lokaliti yang dikenalpasti berada pada tahap serius isu bekalan dan harganya, Pasukan Penguat Kuasa KPDN Selangor akan segera menyiasat premis di lokaliti tersebut bagi mengesan punca sebenar berlakunya gangguan bekalan dan isu harga.

“Hasil dapatan atau data-data yang ditemui menerusi Ops Terjah ini akan dianalisa untuk menilai tahap sebenar, samada kekurangan bekalan berlaku secara menyeluruh ataupun mengikut lokaliti,” katanya dalam satu kenyataan selepas menyertai operasi mengejut Op Terjah dekas sebuah pusat beli belah di sini, semalam.

Beliau menambah, dalam operasi tersebut, KPDNKSH Selangor turut menilai tahap kecekapan rantaian pengedaran/ penyaluran bekalan sehingga sampai ke peringkat peruncit.

Dalam pada itu, Mohd. Zuhari turut memaklumkan pihaknya mengguna pakai mekanisme sistem lampu isyarat bagi mengklasifikasi sesuatu lokaliti atau premis sama ada mempunyai bekalan keperluan asas yang mencukupi atau sebaliknya.

Jelasnya, sistem yang menggunakan kod warna hijau, kuning dan merah tersebut akan memudahkan pihaknya mengambil tindakan  secara menyeluruh bagi memastikan bekalan keperluan tersebut tidak terjejas disebabkan faktor-faktor tertentu.

“Kita mengklasifikasikan kawasan hijau bekalan mencukupi, kawasan kuning kurang bekalan dan kawasan merah tiada bekalan.

“Susulan daripada pemeriksaan (di premis) kami akan mengenal pasti isu sebenar gangguan bekalan keperluan asas ini, dan kita akan dapat menilai secara terperinci sebelum sesuatu tindakan diambil untuk mengatasinya,” jelasnya. – UTUSAN

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.104134 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list