View: 1062|Reply: 17
|
Mangsa Jerang Air Bah Untuk Buat Susu Anak
[Copy link]
|
|
Banjir terus menghidangkan pelbagai kisah daripada yang menyayat hati kepada yang memberikan inspirasi.
Di Kelantan, walaupun air sudah naik separas lutut, masih terdapat peruncit di negeri itu yang masih enggan menutup kedai.
Bagaimanapun, ia dilakukan bukan demi keuntungan tetapi susulan kesukaran penduduk mendapatkan barangan keperluan.
"Kalau saya tutup kedai susah juga orang kampung nak cari keperluan.
“Stok di kedai juga setakat ini masih ada, cuma sedikit sukar untuk ambil stok baharu sebab jalan putus kerana banjir," kata Muhamad Syabudin Mat Ghani kepada Bernama.
Kedai Muhamad Syabudin, 45, terletak di Kampung Lumpur yang dinaiki air kira-kira 10.30 pagi semalam.
Muhamad Syabudin berkata walaupun kedainya tidak terjejas kerana berada di kawasan sedikit tinggi, dia tetap mengalihkan barangan ke tempat lebih tinggi.
Bagaimanapun, rumahnya di belakang kedai itu ditenggelami air satu meter, menyebabkannya menumpang di rumah adik yang terletak berhampiran.
Sementara itu, di Kampung Pohon Tanjung, kira-kira 10 kilometer dari Kampung Lumpur, terdapat juga peniaga lain yang tetap membuka kedai.
Malah, kedai itu menjual barang pada harga asal.
"Buat masa ini, kami buka macam biasa dari pukul 8 pagi dan harga barang tetap sama, tak naik.
“Mujur tak banyak barang rosak walaupun air sampai paras lutut sebab kami sempat alih," kata Salmizan Yusof, 39.
Sementara itu, di Tasek Bakong, Rantau Panjang, seramai 62 mangsa banjir yang berlindung di sebuah rumah terpaksa memasak air banjir untuk dijadikan minuman kerana tiada bekalan air bersih sejak dua hari.
Semua jalan masuk ke situ ditenggelami banjir.
Mangsa berkata mereka terpaksa menjerang air bah kerana terpaksa memberi susu kepada anak kecil.
Muzipah Che Muda, 54, mereka tiada cara lain kerana ramai kanak-kanak sudah merengek kehausan, selain orang dewasa yang beberapa jam tidak minum.
"Malah, air ini juga kami gunakan untuk memasak secara bergotong-royong.
“Besar harapan kami supaya ada pihak yang masuk untuk menghantar bantuan air bersih buat kami di sini,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Kelantan adalah negeri yang paling teruk dilanda banjir pada musim tengkujuh kali ini.
Setakat pagi tadi, seramai 31,487 orang daripada 9,055 keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 31,313 orang daripada 9,005 keluarga malam tadi.
Keadaan dibimbangi bertambah buruk. Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan Kelantan dan negeri-negeri lain sehingga esok.
Sumber: MalaysiaKini/Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
tak simpan stok air mineral ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kg ni x penah kn banjir ke sblm ni..kwn aku duk sana dr thn lps lg setiap bulan restock air mineral lps sana x banjir thn lps..biasa org belah2 Sana dah standby awal2 tuk bah ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
This is disgusting. Air banjir ko pakai bg ank minum? Wat masak²? Seriously??? I cannot brain. Tadak tadah air hujan ka kurang²? Oh em gee. Air banjir wat minum. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah.. sakit perut anak tu nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin stok yg ada dah hbs n org2 situ pun xde beli selalu air mineral. Benda diorg xjangka. Cuba doa yg baik2 klau xdpt nak tolong pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah terdesak camni boleh ke kalau tadah air hujan buat minum iols ragu2 minum air banjir ni |
|
|
|
|
|
|
|
Smlm nampak ada gambar peniaga masih buka gerai jual makanan walaupun dlm keadaan banjir. Org pun ada je singgah beli. Banjir2 pun masih gigih la masak2 utk wat meniaga. Umah tak masuk air ker. |
|
|
|
|
|
|
|
testly replied at 21-12-2022 10:54 PM
Mungkin stok yg ada dah hbs n org2 situ pun xde beli selalu air mineral. Benda diorg xjangka. Cuba d ...
tak jangka apanya? dah memang musim banjir ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laa xde bot bawa pindah pps ke
Banjir tak surut wpun xde hujan ke
Kot boleh tadah air hujan hmm |
|
|
|
|
|
|
|
dah jd mak bapak ni, kena ready la semua benda, dah tau korang tu duduk kat kawasan banjir. semua nak tunggu bantuan, mati kejung la ank tu nanti. haihhh, mak bapak punnnnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikutkan hari2 biasa pun kena stock up air bersih sbb kata mereka air pili pun sama keruh if not lebih keruh dr air banjir...
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi dorang takde beza kot air banjir dengan air boring |
|
|
|
|
|
|
|
Ntahlah nok.. kesian pun ada nak mengata pun ada.. dah tiap2 tahun kat Kelantan tu banjir tak ambik cakna kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nya air banjir di masak.
Moga baik2 je la buat semua mangsa banjir.
Nak kata lebih pun payah juga sbb tak semua amik ikhtibar walaupun saban tahun menghadapi banjir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Masaklah air hujan..lg bagus dari guna air banjir tu.
Kat kg belakang umah ku ini..tiap tahun mesti banjir ,tapi rumah yang baru didirikan rumah rendah tanah tidak ditambak untuk tinggikan. Buat rumah tiada tangki air . Depa kata tak pelah banjir setahun sekali paling2 10hari.Gitulah berulang2 |
|
|
|
|
|
|
|
laaa banjir kat kelantan ni baru pertama kali ke macam tak bersedia?
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni ramai le sakit taun. Maaf le takanlah tak buat persiapan. Apa2 pun semoga dipermudahkan bg semua mangsa dan penyelamat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|