View: 2305|Reply: 15
|
Individu Berpengaruh Minta Barangan Mewah Kalau Nak Berlakon! Ruhainies Jadi Mangsa Sogokan, Nama Dah Disenarai Hitam
[Copy link]
|
|
Ruhainies, 30, mendedahkan dirinya pernah diminta barangan mewah oleh seorang individu berpengaruh dalam industri seni sekiranya mahu dipilih menjayakan sebuah projek drama.
Ruhainies berkata, dia tidak percaya apabila amalan sogokan berlaku kepada dirinya sehingga namanya disenarai hitam.
Foto: IG
"Budaya sogokan atau rasuah ini sudah lama diamalkan dalam kalangan industri seni, tapi kejadian ini baru berlaku kepada saya tahun ini.
"Sebelum ini apabila orang bercerita, saya tak percaya kerana tak berlaku pada diri sendiri sehinggalah terjadi depan mata saya.
"Sekarang ini saya memilih untuk mengunci mulut sebab saya tak nak menutup periuk nasi individu itu walaupun sekarang ini saya sudah disenarai hitam.
"Individu ini memiliki kuasa di sebuah syarikat. Sebelum ini orang disekeliling saya pernah hadapi situasi sama dan ada juga pihak yang minta buat laporan sebab saya ada bukti, tapi saya tidak sampai hati kerana masih fikir masa depannya," katanya.
Terdahulu, Ruhainies ditemui pada majlis pelancaran koleksi Rizman Ruzaini RR Cruise 22/23 di RR Flagship Store di Shoppes Four Season Place, baru-baru ini.
Menurut Ruhainies, sebagai pelakon dia enggan menjadikan amalan buruk itu sebagai satu budaya ikutan kerana mampu merosakkan industri seni.
"Saya tidak melayan permintaannya sebab saya tak mahu amalan ini berterusan. Walaupun mereka sudah menormalisasikan budaya ini, tapi saya tak nak.
"Jadi saya perlu menghentikan budaya ini, bukan untuk diri saya saja tapi untuk bakat-bakat dan penerbit baharu yang nak meningkat naik.
"Lagipun, ia boleh menjadi satu budaya yang tidak sihat dalam kalangan penggiat industri kreatif.
"Saya pun mungkin tidak lama berada dalam industri seni, jadi saya perlu bertindak dan melindungi penggiat seni yang teraniaya," katanya.
Terdahulu Ruhainies pernah meluahkan rasa kurang senang apabila budaya rasuah bukan saja berlaku dalam industri sukan, malah berlaku dalam industri seni. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
bg muka bru la...hg still brlakon kayu kayan... |
|
|
|
|
|
|
|
Budakijat ada post kat ig dia pasal artis yg di ban sbb manager yg kekwat n lebih sudu dari kuah. So berhati2lah pilih manager ya retis2 semua.
Yg kes minah ni xtaulah sape yg gam dia. |
|
|
|
|
|
|
|
sheols kalau kena ban pon takpe, sebab berlakon memang hauk |
|
|
|
|
|
|
|
Oh ni orang tengah produksi lah yg mintak sogokan kan. Confuse aku mula2. Sebab ruhainies ni pun penerbit jugak.
Rasanye boyfren dia kat UK sbb selalu jugak dia ulang alik. Lepas kahwin duk sana jugak kut sbb dia dah gang dgn msian Londoners sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Dlo kutsia kahar kan pny bocor rahsia ni.. Sp nk juara dlm carta radio era kne byr rasuah dlo mcm henfon.. Sp plg byk bg org tu la juara carta tahun tu.. ???????? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kalau dlm gambar mesti muka dia mcm over berbedak. Mcm pakai bedak Johnson & Johnson tu, tuang byk2 kat tangan, then poffff! Tepukkan ke muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tahan t20 jugak dia ni. Mak pak memang have2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ni pon retis kekonon mewah gilos. puih |
|
|
|
|
|
|
|
dah tak tayang pakwe kaya raya tu ke |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols da 30??!
Tu jer meols nak komen. |
|
|
|
|
|
|
|
ko kena ban bkn sebab tak bagi barangan mewah. Ko tak di ambik sb kayu |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak makin tua. Dah 30 pun masih takde improvement dalam lakonan. Kesian |
|
|
|
|
|
|
| |
|