CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1388|Reply: 3

Tamara Bleszynski jual hotel pusaka

[Copy link]
Post time 21-12-2022 12:11 PM | Show all posts |Read mode

TAMARA BLESZYNSKI


Tamara Bleszynski jual hotel pusaka

PELAKON sinetron popular Indonesia, Tamara Bleszynski mengejutkan ramai apabila membuat keputusan menjual harta warisan peninggalan bapanya iaitu Hotel Bukit Indah Puncak di Cianjur, Jawa Barat.

Pengumuman penjualan tersebut dikongsikan menerusi Instagram dengan memuat naik foto-foto hotel serta nombor telefon yang boleh dihubungi bagi urusan jual beli,

Bintang filem Air Terjun Pengantin itu turut memuat naik video gambarnya berlatarkan hotel berkenaan sambil mengenang memori indah sewaktu kecil.

“Teman-teman tersayang, setelah bertahun-tahun saya akhirnya kembali lagi di hotel masa kecilku, Hotel Bukit Indah. Dahulu saya belajar berenang di sini,” tulisnya.

Dia turut meluahkan kerinduan kepada bapanya Zbigniew Bleszynski yang meninggal dunia 20 tahun lalu.

Pada Disember tahun lalu, Tamara mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang didakwa cuba menggelapkan hartanah tersebut.

Dia yang mempunyai 20 peratus saham mendakwa telah diketepikan daripada segala urusan, namun terpaksa menanggung hutang hotel tersebut.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... -jual-hotel-pusaka/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2022 09:26 AM | Show all posts
Jual je lah, tapi amik share sikit dlm bisness tu mana tahu boleh dapat inspirasi semula..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2023 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tamara dia mcm depression pn ada. Kt IG pun selalu posting sedih2, fam members dia ramai yg dah meninggal nampak gayanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
iols baru tahu sheols ni makcik kepada Edward Akbar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.098364 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list