CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 94225|Reply: 2114

Peserta Lebih Gempak Dalam The Masked Singer Malaysia Musim Ke-3

  [Copy link]
Post time 21-12-2022 04:46 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Perawankota at 17-2-2023 11:03 PM

CARTA KEDUDUKAN MINGGU SUKU AKHIR  dan Tekaan Siapa di Sebalik Topeng

    1.Mawar Berduri - Idayu
    2.Pizza Panas - Han Byul
    3.Nyoq Muda - Syamel
    4.Betta Fish - Ayda Jebat / Asmidar
    5.Dewi Angsa - Mimi Fly
    6.Brokoli - Hael Husaini
    7.Bertih Jagung - ZIZI KIRANA (TERSINGKIR)





CARTA KEDUDUKAN MINGGU KE 8 dan Tekaan Siapa di Sebalik Topeng

    1. Dewi Angsa - Mimi Fly / Daniel Chuer
    2.Pizza Panas - Han Byul
    3.Betta Fish - Ayda Jebat / Asmidar / Shiha
    4.Bertih Jagung - Zizi Kirana
    5.Nyoq Muda - Syamel / Chubb E
    6.Mawar Berduri - Idayu
    7.Brokoli - Hael Husaini
    8.Mr Parrot - AJAI (TERSINGKIR)



CARTA KEDUDUKAN MINGGU KE 7 dan Tekaan Siapa di Sebalik Topeng

    1. Mawar Berduri - Idayu
    2.Nyoq Muda - Chubb E / Syamel
    3.Brokoli - Hael Husaini
    4.Pizza Panas - Han Byul
    5.Bertih Jagung - Zizi Kirana / Sarah Suhairi
    6.Betta Fish - Ayda Jebat / Shiha / Asmidar
    7.Mr Parrot - Joey / Ajai/ Hazama
    8.Dewi Angsa - Daniel Chuer / Mimi Fly / Zulin Azizi
    9.Si Tangkis - AMSYAR LEE (TERSINGKIR)




CARTA KEDUDUKAN MINGGU KE 6 dan Tekaan Siapa di Sebalik Topeng

    1. Betta Fish - Ayda Jebat / Shiha
    2.Mawar Berduri - Idayu
    3.Brokoli - Hael Husaini
    4.Dewi Angsa - Mimi Fly/ Nadia Aqilah / Zulin Aziz
    5.Pizza Panas - Han Byul
    6.Mr Parrot - Ezad / Zarul / Joey
    7.Si Tangkis - Ernie / Wanie Hasrita
    8.Nyoq Muda - Chubb E / Syamel
    9.Bertih Jagung - Zizi Kirana / Sarah Suhairi
    10.Zirafah - NORMAN HAKIM (TERSINGKIR)




CARTA KEDUDUKAN MINGGU KE 5 dan Tekaan Siapa di Sebalik Topeng

1. Piza Panas - Han Byul
2. Brokoli - Hael Husaini
3. Nyoq Muda - Syamel / Chubb E
4. Betta Fish - Asmidar / AydaJebat
5. Mawar Berduri - Idayu
6. Dewi Angsa - Amsyar Lee / Siti Elizad
7. Mr Parrot - Joey / Zarul / Ezad
8. Si Tangkis - Shiha Zikir / Ernie Zakri
9. Bertih Jagung - Sarah Suhairi / Zizi Kirana
10. Zirafah - Izzue Islam / Fakhrul UNIC
11. Manggis - DATO JALALUDIN HASSAN (TERSINGKIR)





CARTA KEDUDUKAN MINGGU KE 4 dan Tekaan Siapa di Sebalik Topeng

    1. Piza Panas - Han Byul
    2.Brokoli - Hael Husaini
    3. Betta Fish - Asmidar /Shiha / Ayu Damit
    4.Mawar Berduri - Kaka / Idayu
    5. Bertih Jagung - Sarah Suhairi / Zizi Kirana
6. Mr. Parrot - Joey / Andi Bernadi / Neves
7. Nyoq Muda - Chubb E / Syamel
8. Si Tangkis - Nadia Aqilah
9. Dewi Angsa - Amsyar Lee / Erra Fazira
10. Zirafah - Fakhrul UNIC / Izzue Islam
11. Manggis - Faizal Tahir/ Kazar/ Roy Azman
12. Kurita - LIZA ABDULLAH (TERSINGKIR)





CARTA KEDUDUKAN MINGGU KE 3 dan Tekaan Siapa di Sebalik Topeng

    1. Piza Panas - Han Byul
    2.Brokoli - Hael Husaini
    3.Si Tangkis - Wani Hasrita / Nadia Aqilah
    4.Nyoq Muda - Chubb E
    5.Bertih Jagung - Sarah Sihairi / Zizi Kirana
    6.Betta Fish - Asmidar / Shiha / Ayu Damit
    7.Mawar Berduri - Idayu / Kaka Azraff
    8.Dewi Angsa - Amsyar Lee / Mimi Fly
    9.Mr Parrot - Joey / Zarul Umbrella
    10.Kurita - Liza Abdullah
    11.Zirafah - Izzue Islam
    12.Manggis - Faizal Tahir / Dato Jalaludin Hassan / Kazar
    13.Abang Burger - Dato Malek Nor








CARTA KEDUDUKAN Episod/Minggu Kedua dan Tekaan Siapa di Sebalik Topeng

1. Pizza Panas - Hanbyul / Hady Mirza

2. Brokoli - Hael Husaini

3. Mawar Berduri - Kaka Azraff / Idayu

4. Betta fish - Shiha Zikir / Nikki Palikat

5. Kurita - Liza Abdullah

6. Mr Parrot - Joey / Wan Walla

7. Abang Burger - Rani Kulup

8. Dewi Angsa - Amsyar Lee

9. Manggis - Roy / Faizal Tahir

10. Si Tangkis - Nabila

11. Nyoq Muda - Chubb E

12. Bertih Jagung - Sarah Suhairi

13. Zirafah - Izzu Islam / Fakhrul UNOC

14. Lollipop - Dato Leong Mun Yee (Tersingkir)







CARTA KEDUDUKAN Episod/Minggu Pertama dan Tekaan Siapa di Sebalik Topeng

1. Pizza Panas - Hanbyul

2. Brokoli - Alvin Chong/ Hael Husaini

3. Mawar Berduri - Kaka/ Ernie

4. Nyoq Muda - Chubb E

5. Bertih Jagung - Sarah Suhairi

6. Dewi Angsa - Amsyar Lee

7. Si Tangkis - Siti Nordiana / Amelina

8. Mr Parrot - Joey / Hazama

9. Kurita - Liza Abdullah

10. Betta fish - Asmidar

11. Zirafah - Izzu Islam / Alif Aziz

12. Manggis - ND Lala

13. Abang Burger - Dato Malek Noor

14. Lollipop - Intan Najwa / Sweet Qismina




Terdapat 15 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh barisan peserta iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abg Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas.

by  Budiey

Seringkali mencetus tanda tanya—Siapakah di sebalik topeng?, ‘The Masked Singer Malaysia’ kinikembali untuk musim ketiga! Dengan rekaan busana yang hebat-hebat belaka serta disulami suara-suara yang mantap, ‘TMSMY’ pastinya sekali lagi menggamatkan suasana dengan showmanship yang tiada bandingan.

Musim pertama ‘TMSMY’ sebelum ini telah menyaksikan penyanyi popular tanah air, Aina Abdul dinobatkan sebagai Juara dalam kostum Bunga Raya. Manakala penyanyi versatil, Shila Amzah pula merangkul kejuaraan untuk musim kedua dengan kostum Rambutan. Sememangnya ‘TMSMY’ menjanjikan kemantapan pemilik suara di sebalik kehebatan busana dan topeng pada setiap musim.

Tampil dengan lebih gah, ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara yang terdiri daripada nama-nama hebat dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi.Mereka akan bertanding dan memaparkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri selebriti. Hanya suara sahaja yang akan dipertaruhkan pada masa yang sama membuatkan panel juri meneka dan berdebat siapa dalang di sebalik topeng.

‘The Masked Singer Malaysia’ menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, “The King of Mask Singer” yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat yang berjaya mencetus satu fenomena yang cukup diminati ramai.

‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga ini bakal menyaksikan penglibatan seramai lapanorang personaliti yang terdiri daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk tujuh muka baharu. Mereka adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias dan Atu Zero. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut.Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

Mengekalkan format asal program realiti ‘The King of Mask Singer’, kesemua peserta ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing. Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara. Untuk musim ini, program ini akan bersiaran dalam durasi dua jam sehingga tiga jam bagi setiap episod, berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Terdapat15 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh barisan peserta iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abg Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas. Seperti musim terdahulu, busana-busana ini direka khas oleh Akma Suriati Awang serta mendapat sentuhan istimewa daripada Hatta Dolmat.

The Masked Singer Malaysia” musim ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.


FORMAT DAN KONSEP ‘THE MASKED SINGER MALAYSIA 3’

Untuk 11 minggu berturut-turut, 15 selebriti akan membuat persembahan di mana mereka akan menyanyi di dalam sepasang kostum yang akan merahsiakan identiti mereka, bukan sahaja susuk fizikal, malah suara bercakap juga akan diubah.
Identiti sebenar barisan peserta dirahsiakan dan tidak diketahui oleh semua yang terlibat dalam program ini termasuk hos, barisan juri. Malah ia juga dirahsiakan daripada ratusan krew produksi.
Untuk pengetahuan anda, peserta ‘The Masked Singer Malaysia’ juga tidak mengetahui identiti di sebalik topeng peserta lain sehinggalah program ini ditayangkan di kaca TV dan sehingga peserta tersingkir menanggalkan topeng dan mendedahkan identiti sebenar.
Sebelum setiap persembahan bermula, paparan video klu akan ditayangkan untuk memberi petunjuk bagi membantu panel juri dan juga penonton untuk meneka dengan tepat.
Ketika persembahan peserta berlangsung, barisan juri akan memberi tumpuan ke pentas dan meneliti setiap aspek seperti gaya suara, karakter di pentas, gaya bahasa badan dan setiap pergerakan peserta untuk meneka siapakah identiti selebriti disebalik topeng. Juri dipertanggungjawabkan untuk kesemua 100 peratus pemarkahan.
Selesainya setiap persembahan, pihak juri akan cuba untuk meneka siapakah selebriti di sebalik topeng tersebut.
Juri akan memberikan markah bagi setiap persembahan dan peserta yang menerima markah terendah akan disingkirkan pada minggu tersebut.
Selepas pengumuman penyingkiran dibuat di akhir rancangan, detik yang paling ditunggu-tunggu dan mendebarkan adalah saat peserta tersingkir menanggalkan topeng dan mendedahkan identiti misteri mereka buat pertama kali di hadapan hos, barisan juri dan juga penonton.
Peserta terakhir yang akan didedahkan identitinya pada episod terakhir merupakan juara program realiti ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga!



KENYATAAN RASMI WAKIL ASTRO
Norzeha Mohd Salleh
Ketua Saluran Astro Warna

“Apa yang membezakan Astro dengan pesaing-pesaing yang lain adalah kualiti dan kesungguhan kami dalam memberikan hiburan premium kepada masyarakat Malaysia. Ini termasuk mengadaptasi rancangan-rancangan bertaraf antarabangsa yang ternyata terbukti berjaya.

‘The Masked Singer Malaysia’ menunjukkan formula adaptasi mampu menarik minat jutaan penonton, di mana-mana platform Astro dengan nilai produksi yang tinggi, setanding dengan negara-negara lain yang turut mengadaptasi rancangan tersebut.


Dengan kejayaan musim sulung dan keduanya, Astro tidak teragak-agak untuk membawa semula ‘TMSMY’ untuk musim ketiga. Tampil dengan lagi gah dan vibrant, ‘TMSMY’ kali ini tidak akan lekang oleh waktu, malah tidak akan kering daripada elemen-elemen hiburan yang penuh dengan kejutan. Kali ini, kami akan menampilkan 15 figura-figura tanah air yang tidak asing lagi, namun pastinya identiti mereka dirahsiakan di sebalik topeng berbusanakan rekaan-rekaan hebat.

Setiap musim, kami pasti akan naikkan tahap pertandingan kami dengan kostum yang lagi hebat dan menakjubkan. Koleksi busana kami kali ini menggambarkan betapa eklektiknya design atau rekaan Akma Suriati Awang yang turut mendapatkan sentuhan istimewa Hatta Dolmat.

Selain daripada itu, kami turut memaparkan banyak muka-muka baharu sebagai Juri Tetap kami yang semestinya akan menghangatkan lagi rancangan kegemaran ramai termasuk Zul Arrifin, Shuib Sepahtu dan Sharnaaz Ahmad. Ternyata rancangan seperti ini turut menarik minat selebriti-selebriti tersohor negara bukan sahaja untuk menyertainya malah untuk menjadi juri.

Pihak Astro amat berharap agar musim ketiga kekal mengungguli hati rakyat Malaysia dengan nilai produksi yang hebat serta suara-suara mantap di sebalik topeng. Pasti semua tidak sabar untuk memula meneka– Siapakah dalang di sebalik kelima belas topeng yang ada? Kita tunggu dan lihat!”

Kredit : Budiey.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2022 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts


Barisan Juri Tetap

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
iols tertanya masa rakaman memang semua peserta pakai costume dari rumah ke? i wonder masa diorg datang, tunggu turn & bersiap, buat soundcheck memang fully in costume la ye? time rakaman takde anyone yg terserempak kete member kat parking ke apa, terserempak pa/pengurus artis tu ke? cemana diorang jaga tahap kerahsiaan siapa dlm costume tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2022 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
hanihan16 replied at 21-12-2022 07:01 AM
iols tertanya masa rakaman memang semua peserta pakai costume dari rumah ke? i wonder masa diorg dat ...

Dorg sumer kan wajib duduk kt hotel.. So, orang2 production dan yg terlibat mesti lah tau... Tapi masing2 kena sign kontrak tak leh bgtau Apa2..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 07:22 AM | Show all posts
Perawankota replied at 21-12-2022 07:14 AM
Dorg sumer kan wajib duduk kt hotel.. So, orang2 production dan yg terlibat mesti lah tau... Tapi  ...

mcm ada terbaca sekiranya mereka sengaja membocorkan atau suspek terbocor kena bayar ganti rugi kat astro
mcm tu la... ada perjanjian.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 08:02 AM | Show all posts
biasanya ada la nanti sorang dua peserta gv season baru yg masuk sekali..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2022 08:26 AM | Show all posts
hanihan16 replied at 21-12-2022 07:01 AM
iols tertanya masa rakaman memang semua peserta pakai costume dari rumah ke? i wonder masa diorg dat ...

tak lah
dr rmh/banglo penginapan baju biasa je...yg ni igt2 lupa part penginapan tu

so dr situ manager dgn team TMSM je yg akn bwk dorg pegi picc
kt picc dorg ada bilik khas masing2 utk bersiap, pakai kostum ape & get ready to rehearsel/perform
yes...even time rehearsel pun dorg akan pakai mask tu

lg 1 sblm pegi picc tu dorg akn practice siap2 dlm studio rakaman
and again, manager dgn team tmsm je yg terlibat

blh tengok vlog hannah delisha journey spnjg tmsm sbg burung hantu
semua video ni die released slps habis tmsm



Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 08:29 AM | Show all posts
debab_78 replied at 21-12-2022 08:02 AM
biasanya ada la nanti sorang dua peserta gv season baru yg masuk sekali..

season 2 hari tu je pun yg ada bekas (liza hanim) dan bakal peserta gv (shila amzah)at that time

season 1 mn de peserta gv


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2022 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
haaaa tq chuols semua atas penjelasan. i tak follow program ni before. barulah tau duduk kat penginapan rupanya, ingatkan balik2 rumah dtg time rehearsal & concert je
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 12:25 PM | Show all posts
program ni mmg rekod ke .. bkn live kat tv mehh.. yg part nyanyi tu iols tau recording...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
minahmanja replied at 21-12-2022 12:25 PM
program ni mmg rekod ke .. bkn live kat tv mehh.. yg part nyanyi tu iols tau recording...

bukan yg nyanyi tu live ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 01:43 PM | Show all posts
heythere123 replied at 21-12-2022 12:55 PM
bukan yg nyanyi tu live ke?

From what i understand program ni rekod tapi time nyanyi tu mmg live.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 01:45 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 21-12-2022 08:26 AM
tak lah
dr rmh/banglo penginapan baju biasa je...yg ni igt2 lupa part penginapan tu

Wehh rindu plak ngan si burung hantu nih.
Bila si Hannah ni nak buat lagu?  She has tonnes of potential. Package cantek lagi tapi awat takde yg nak bagi sheols lagu best ah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 02:36 PM | Show all posts
lepas abes program deme jual ker maskot2 tuh seme..
sbb yang meols tau...agak pricey jugak la nak buat costume tu seme
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
deebiz14 replied at 21-12-2022 01:43 PM
From what i understand program ni rekod tapi time nyanyi tu mmg live.

yes tu la maksud i jugak
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 02:49 PM | Show all posts
aku terpikir mesti mawi ade masuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2022 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 21-12-2022 02:49 PM
aku terpikir mesti mawi ade masuk

Kenapa nak mawi masuk? Ke dah ada ap2 hint
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan takde pak nil
Wlaupun agak annoying
Kenapa tak panggil diva aa jer r
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan tak ada Kak Engku
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg tgh tayangan perdana TMSM.
I sempat tgk betta fish & kurita je.
Suara kurita mcm mak leha, betta fish mcm syura.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.113080 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list