CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11781|Reply: 182

Tanah Runtuh Bukan Bermula Di Father's Organic Farm, "Bukan Kami Tak Mahu Mohon Lesen Tapi Memang Tak Ada Cara Untuk Kami Memohon"

[Copy link]
Post time 20-12-2022 05:28 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm (FoF) menjelaskan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 24 nyawa setakat ini bukan berpunca di tapak perkhemahan mereka.


Sebaliknya, jurucakap tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Frankie Tan berkata, tanah runtuh itu tanah kerajaan dan di tepi jalan yang jaraknya antara 2 kilometer (km) 3 km dari tapak mereka.


“Saya ingin menjelaskan tanah runtuh bukan bermula di tapak perkhemahan kami tetapi di tanah kerajaan dan di tepi jalan yang jaraknya antara 2 kilometer (km) 3 km dari tapak kami,” katanya dalam sidang akhbar semalam.




Foto: Utusan Online




Mengulas mengenai lesen, Tan berkata, pihaknya tidak dapat membuat permohonan bagi mendapatkan lesen perkhemahan kerana permit sedemikian tidak pernah wujud.


Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Pertanian bahawa tiada lesen seumpama itu boleh dipohon oleh pengusaha tapak perkhemahan.


“Saya pernah bertanya kepada pegawai kerajaan sama ada kami perlu memohon lesen tapak perkhemahan atau tidak. Pegawai itu berkata tiada permit kerana tapak perkhemahan ini bukan struktur kekal seperti hotel, justeru tiada lesen untuk dipohon.


“Bukannya kami tidak mahu membuat permohonan tetapi memang tidak ada cara untuk kami memohon,” katanya.


Dalam tragedi pukul 2.42 pagi pada Jumaat lalu, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan yang terletak di Jalan Batang Kali-Genting Highland itu.


Seramai 24 mangsa disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 orang yang terbabit dalam tragedi itu manakala, sembilan mangsa lagi masih hilang dan sehingga kini, operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) masih dijalankan.


Pihak pengurusan Father’s Organic Farm telah memberi keterangan kepada polis pada Ahad lalu dan turut mengucapkan takziah kepada semua waris mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di bawah kawasan seliaan mereka.


Father’s Organic Farm dalam satu kenyataan di Facebooknya melahirkan rasa dukacita dan simpatinya terhadap semua mangsa dan waris yang terkesan akibat tragedi berkenaan.


Dalam pada itu, Tan turut mendakwa bahawa pihaknya tidak menyedari bahawa kawasan berkenaan diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi selain bermula sebagai ladang organik sebelum menyediakan perkhidmatan perkhemahan pada 2017 atas permintaan pengunjung. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2022 05:34 PM | Show all posts
bukan ke kalau nak mohon tu under lesen rekreasi? acah2 tak tau ke camne
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yela tu. Alangkan hutan kawasan rizab pun bangsa ko galak menceroboh ..
siap tanam pokok durian bagai
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Memey la bukan tanah kome... abis jatuhnya ke kome la dah dekat tu. Xkan meloncat skip gi depan sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 20-12-2022 05:36 PM
Yela tu. Alangkan hutan kawasan rizab pun bangsa ko galak menceroboh ..
siap tanam pokok durian baga ...

Ok apaaaa..ceroboh dulu,makan hasil berahun...and last jadi hak milik kekal..dewa antoni tersenyum sinis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2022 05:48 PM | Show all posts
tapi pernah baca dalam grup family camping malaysia dalam FB..ada yg baru teroka tanah..ada sungai..dia plan nak buat campsite..so dia tanya la nak buat permohonan kat mana..mostly jawab register ssm jela kalau company mmg takde permit berkaitan..yg komen tu malays semua ye..yg tanya pun malay..so jadi pertanyaan jugakla..sebenarnya kena ada permit ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa tk boleh mohon lesen? sebab tk boleh buat lah. jadi jgn buat tpk khemah tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2022 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga pm10 bagi sumbangan rm10 juta kepada pengusaha untuk tampung kerugian
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkara yg berisiko kena berhati2… melibatkan nyawa orang pula tu…
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 20-12-2022 06:11 PM
Semoga pm10 bagi sumbangan rm10 juta kepada pengusaha untuk tampung kerugian

Setujuk...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde aktiviti pembalakan pun kat area situ kan..benda dah nak jadi nak wat guaner..

Btw,camping site mcm ni bagus jgk,atleast boleh memupuk kesedaran masyarakat mghargai alam semulajadi
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi kekedai membeli cincau.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah ambil masa untuk minta maaf.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul jgk dia ckp.. tnh tepi jln tu yg runtuh.. kira dia ni pun mgsa jgk.. abis pokok dia.. kalo takde org laa.. tup tup tnh kjaan tuu hempap ladang dia.. si frankie ni leh mntk ganti rugi tak.. soklan seriuss nii aku nak tau
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg aku dia ni pun mgsa jgk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Bangsa tu mmg jujur katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 20-12-2022 05:55 PM
kenapa tk boleh mohon lesen? sebab tk boleh buat lah. jadi jgn buat tpk khemah tu.

Tu la..dh x boleh nk mintak lesen tu maksudnya xbole la buat apa2 perkhemahan pun... Mmg la bkn punca dr campsite dia tu tp kalo x memandai2 buat khemah illegal mesti x jadi bencana tu... Owner yg memandai2...harusla dia xnk mengaku kan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lesen itu perkara lain.
Soalnya... kelulusan guna tanah, ko buat aktiviti apa kat tanah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 20-12-2022 07:07 PM
Betul jgk dia ckp.. tnh tepi jln tu yg runtuh.. kira dia ni pun mgsa jgk.. abis pokok dia.. kalo tak ...

Abis kena pokok xpe lagik bole tanam balik... Paling2 boleh mintak ganti rugi jgk... Ni kalo menimpa org lain dan anak2 org, bkn bole bg hidup dah...cuba dia x memandai2 buat khemah tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.517400 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list