CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 612|Reply: 2

Lelaki Usia 73 Tahun Tembak Mati Lima Orang Jiran

[Copy link]
Post time 20-12-2022 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Ottawa: Lelaki berusia 73 tahun di Kanada didakwa membunuh lima jiran dan mencederakan seorang lagi, dalam kejadian tembakan di sebuah bangunan pangsapuri di pinggir bandar Toronto, pada malam Ahad.


Suspek tidak didedahkan identiti oleh pihak berkuasa tetapi dipercayai penduduk bangunan di Vaughan, Ontario.


Dia kemudian ditembak mati oleh penguat kuasa undang-undang.




Foto: Reuters




Polis dikejarkan ke lokasi kejadian kira-kira 30 kilometer (km) ke utara Toronto, pada 7.20 malam.


Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian jam 8 malam itu dan pistol semiautomatik ditemukan di lokasi.


Menurut satu kenyataan, mangsa yang cedera dibawa ke hospital dalam keadaan serius.


Polis sedang menyiasat motif dan sama ada terdapat kaitan khusus antara mangsa dan suspek.


Difahamkan, suspek bertindak sendirian. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2022 04:27 PM | Show all posts
ah sudah
jejiran gaduh ke ape ni


Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 07:13 AM | Show all posts
nape la ko ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.066420 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list