CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 0

Syed Saddiq Mahu Bahas Usul Isytihar Darurat Iklim

[Copy link]
Post time 19-12-2022 11:50 PM | Show all posts |Read mode
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mencadangkan pengisytiharan Darurat Iklim di Dewan Rakyat pada Selasa.




IG Saddiq




Syed Saddiq berkata demikian menerusi satu surat yang ditujukan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul.


“Bahawa Dewan yang mulia ini untuk mengisytiharkan Darurat Iklim dan menggerakkan usaha yang radikal bagi membincangkan langkah-langkah mitigasi banjir segera untuk membendung dan mengurangkan risiko dan impak banjir yang sedang melanda negara terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur," katanya dalam surat berkenaan.







Menerusi surat itu, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu juga mengemukan lima cadangan untuk dibahaskan, termasuk usaha mengurangkan birokrasi dalam urusan pemberian bantuan sebelum, semasa dan selepas bencana serta mengenai kerjasama rentas parti mengenai bantuan kepada mangsa.


Cadangan terbabit turut melibatkan usaha mempertingkat penyelarasan di peringkat negeri dan Persekutuan untuk mengelak sebarang keciciran.


Jumlah mangsa banjir terus meningkat pada Isnin terutama membabitkan Pahang, Terengganu dan Kelantan, manakala di Johor menunjukkan sedikit penurunan dan tiada perubahan jumlah mangsa di Perak.




Sumber: AWANI






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.558330 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list