View: 491|Reply: 2
|
Prosiding Gangguan Seksual Ebit Lew Sambung Esok
[Copy link]
|
|
Prosiding gangguan seksual yang mengaitkan pendakwah, Ebit Lew bersambung di Mahkamah Majistret Tenom, Kota Kinabalu mulai esok sehingga 22 Disember ini.
Prosiding ditangguhkan sebelum ini selepas berlangsung selama empat hari pada 27 hingga 30 September lalu.
 FB Ebit
Setakat ini pihak pendakwaan telah memanggil tiga saksi, termasuk pendakwah bebas, Firdaus Wong pada hari ketiga dan keempat prosiding.
Pada 18 Februari lalu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu.
Pendakwah itu dituduh melakukan perbuatan tersebut mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021.
Majistret Nur Asyraf Zolhani sebelum ini mengenakan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan terhadap Ebit yang tidak mengaku bersalah atas 11 pertuduhan berkenaan.
Sumber: MalaysiaGazette
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by prince_marhaen at 20-12-2022 09:58 AM
..entah lah.. dah si betina pun gatal melayan, chat bagai, chat dia dia delete so nmpk lah bebird lewlew ni yang hegeh... yang video pun sama gak kemain kangkang lagi kan... siapa yang screen record? nampak nau dah plan... meols tak kata bebird lewlew tak salah ye.. cendawan pink lebam tetap meols jijik ye..
 |
|
|
|
|
|
|
|
Stand by gaduh sehari dua ni
Si FW pun standby kena kecam
Btw, bidadari baru keguguran kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|