View: 2395|Reply: 21
|
"Kami Merayu Video Awaya Ditemukan Lemas Dipadamkan Daripada Media Sosial"
[Copy link]
|
|
Besut : "Kami merayu video Awaya (Nur Hilwa Edrea Mohd Hariz Zaifan) ditemukan lemas dapat dipadamkan daripada media sosial," kata Nurfa Asheera Mohd Zanua, 25.
Nurfa Asheera adalah ibu saudara kepada Nur Hilwa Edrea berusia setahun dua bulan yang ditemukan lemas akibat banjir di Kampung Apal, di sini, semalam.
Asheera berkata, mereka sekeluarga tidak sanggup melihat video Awaya ditemukan dalam keadaan lemah tidak bermaya yang tular di media sosial.
"Saya mohon orang ramai sensitif dan menjaga perasaan ibu bapanya yang baru kehilangan anak.
"Sebelum ini mereka pernah kehilangan seorang lagi anak ketika usia masih kecil dan pemergian Awaya kali ini sangat dirasai kami semua," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menceritakan kejadian, Nurfa Asheera berkata, ketika kejadian Nur Hilwa Edrea yang mesra dengan panggilan Awaya berada di rumahnya bersama lima lagi ahli keluarga yang lain.
Katanya, ibu bapa mangsa dalam proses berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Apal kerana kawasan rumah mereka semakin dinaiki air.
"Kejadian berlaku terlalu pantas, saya baru sahaja siap mandi serta menyuapkan nasi kepada Awaya sebelum meninggalkannya seketika bersama dua lagi beradiknya kerana mahu membawa anak saya berusia dua tahun ke bilik air.
"Apabila keluar bilik air saya segera memanggil namanya kerana mahu menidurkan dia, tetapi panggilan tidak berjawab sebelum mencarinya di dalam rumah.
"Namun saya rasa tidak sedap hati apabila ternampak pintu di bahagian dapur terbuka dan sama sekali tidak menyangka dia terjatuh ke dalam air sebelum dihanyutkan arus deras," katanya ketika dihubungi hari ini.
Nur Hilwa Edrea adalah anak kelima kepada abang sulung Nurfa Asheera, Mohd Fariz Zaifan Mohd Zanua, 31, serta isterinya, Nazifah Mustafar, 29.
Semalam, Harian Metro melaporkan mangsa dipercayai terjatuh kira-kira 3 petang, sebelum ditemukan tidak bernyawa oleh penduduk kampung pada jarak 20 meter dari lokasi dia dilaporkan jatuh.
Mangsa dijumpai terapung oleh penduduk kampung kira-kira jam 3.40 petang di dalam parit berhampiran rumah pada jarak 20 meter dari lokasi kejadian.
Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apal kira-kira jam 11 pagi hari ini. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
tlg la manusia jgn lah hadap sgt views ke atau konten mcm ni.
sensitif la sikit pada keluarga ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar pun sama...bayangkan kita mak yg kematian anak mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru je tgk sape ntah letak kt reel IG.
Bangang sgt eh.
Ko nk ape share mende ni kt public?
Dah la ko xde kaitan langsung dengan arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
Babi hutan kan org yg rekod pastu pergi sebarkan!
Semoga hidup dorang tak aman selagi mana tak minta maaf dengan ahli keluarga mangsa
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian..yg post video bagai tu hati kering sungguh..
sianya sbb ank dh kira bsr jgk tu .. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg ampa harapkan dr society yg henpon berjahit kat tangan ni .. |
|
|
|
|
|
|
|
byk betul cerita sedih 2-3 hari ni.. hiba rasa hati  |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa la
Netz suka jadi yg terpaling |
|
|
|
|
|
|
|
Yang merakam tu ada ditempat kejadian.
Sedara mara?
Kalau tak tersebar video, sapa lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Org yg rakam mayat 3 beradik kne renjatan tu pun xpatut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org kita ni bukan takat empathy, conscience pon zero. Tambah2 jaman la ni,ada otak pn sanggup campak longkang demi secebis content. Igt yg kes drebar trailer yg xcident bulan lepas. Merata2 bidio dia mati tu org pakat2 share kt group wassap. Arwah tu dh nazak sanggup xcall family sendri bgtau dia xcident. Dlm nazak tu masih nk jg emosi ank bini. Hgpa? Kalo yg mati tu ank branak hgpa, hgpa suka dak org share rata bidio musibah mcm tu? Same goes to the rest of us. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..meraung la.mak.dia.oi..dah la anak dah takde..orang dok sebar2 video plak...
 |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 zaman lom ada socmed, sokabar bahasa cina yg rajin tunjuk benda2 ngeri ni. Nak2 org mati eksiden. |
|
|
|
|
|
|
|
Org yg merakam dan sebarkan dah tentulah org2 terdekat keluarga ni jugak. Ada jugak tgk video tu tp dah diblurrkan. |
|
|
|
|
|
|
|
trailer yg eksiden kat PLUS nilai tu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
ummah fb siap kecam video tu sbb katanya cara buat cpr salah |
|
|
|
|
|
|
|
xpenah tengok.sian. padam la weii |
|
|
|
|
|
|
|
ade 1 lagi video yg org up kat fb.. yg 3 beradik mati sbb kene electric shock kat kelantan tu.. iols tertgk smlm... tu pun sama.. apo la yg dihadap sgt dgn view agaknya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|