CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11002|Reply: 94

Tuntutan Ganti Rugi RM707,351.83- Hana Berang Watie Langsung Tak Bayar Hutang! "Beli Barang Branded, Bermewah-Mewah Boleh Pula"

[Copy link]
Post time 19-12-2022 06:55 PM | Show all posts |Read mode
Hana Adnan hilang sabar dah dengan Watie Sadali yang masih dengil tak nak buat pembayaran ansuran sebanyak RM2,500 sebulan seperti mana dipertintahkan Mahkamah Sesyen Selayang pada 2017.


Hana kata dia tak pernah bayar satu sen pun,  apatah lagi untuk bertemu dengannya bagi mencari jalan tengah sekiranya sukar melunaskan bayaran ditetapkan mahkamah.


"Saya masih berlembut hati untuk dia datang kepada saya seandainya dia mempunyai masalah membayar ganti rugi yang diperintahkan mahkamah.


"Seandainya dia masih anggap saya sebagai kawan, setidaknya beritahu saya jika dia hanya mampu bayar sedikit... bukannya diam dan tidak ada usaha buat sebarang bayaran," katanya kepada mStar Online.




Foto: mStar




Sebagai info,  pada 10 Mac 2015, Hana memenangi saman terhadap Watie berhubung kegagalan pelakon itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.


Hana mendakwa dirinya membuat pinjaman bank kenderaan itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman.


Namun, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga menyebabkan Hana diisytiharkan muflis.


Bagaimanapun, pada 18 Mei 2017, Hana memfailkan tuntutan saman penghutang penghakiman terhadap Watie selepas dia gagal membayar ganti rugi yang ditetapkan mahkamah pada 28 Ogos 2014.


Mahkamah Sesyen Selayang memerintahkan pelakon itu membayar ansuran sebanyak RM2,500 sebulan kepada Hana sebagai penyelesaian bayaran tuntutan ganti rugi sebanyak RM707,351.83.


Hana bertambah kecewa bila tahu Wati hidup mewah dan perniagaan banyak untung.


"Kawan saya pun selalu nampak dia berniaga menerusi TikTok, malah ada mendakwa melihat Watie membeli dua pasang kasut berjenama mewah.


"Melihatkan kelakuannya itu membuatkan saya sedih kerana sembilan tahun saya menderita kerana hutang tetapi dia boleh hidup senang-lenang."


Hana kata dia terpaksa tunggu tiga tahun untuk buka semula fail kes berkenaan di mahkamah sebab nak kumpul duit bayar peguam.


"Kalau tanya saya kenapa baru sekarang nak failkan, jawapannya sebab saya tak ada duit nak bayar peguam.


"Tiga tahun ini saya ambil masa kumpul duit, lebih-lebih lagi waktu pandemik... semua orang struggle tiada pekerjaan."


Hana memberitahu kes tersebut akan disebut semula pada 29 Disember ini dan sekiranya Watie gagal membayar ganti rugi kepadanya, aktres itu berdepan hukuman penjara.


Kata Hana, ini adalah usaha terakhirnya untuk menuntut keadilan selepas bertahun-tahun menjadi mangsa kepada rakan sendiri. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2022 06:57 PM | Show all posts
Tak boleh ke datang rumah minah ni dan ambil aje barang barang sebagai bayar hutang..

Lelong semua untuk cover hutang...

Mahkamah boleh kasi kebenaran..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kali ni sumbat dia masuk penjara. Kasi jadi tak payah kesian. Aku mmg benci org yg sengaja tak bayar hutang and lari dari hutang
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sanggup ye buat kawan mcmtu…
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 07:11 PM | Show all posts
Rasanya mmg dh lama Hana dok kejar Watie ni suruh byr hutang. Liat bebenor.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Arahan mahkamah pun ingkar, sumbat jer dlm penjara. Baru dia tau erti penyesalannnn
Sedap2 je guna nama org buat hutang, nk beli kete mahal, pastu taknak bayar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2022 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bayar sikit2 sejuk gak hati.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayar je lah dik watie sementara masih di atas dunia dan sementara sempat ni. Esok kat 'sana', nak bayar pakai apa? Duit tak laku lat sana. Kau kena bayar dgn pahala milik kau dik oi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols de kwn jnis mcm ni. Mmg hutang xnk byr. Alasan "alah kalau meninggal mesti semua org halal kan".. Trok gler perangai
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
La.. ingatkan dh selesai kei diorang dua ni. Watie tu nampak laku jugak muka dia kat tv. Ada je berlakon. Lakinya si Joey pun masyukkkk ooo. Sultan Johor bayar Joey utk lukis mural kat beberapa kawasan di Johor tu. Kalau tak bertangguh bayar, rasanya lama dulu dh kes ni selesai.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya, tapi mmg nampak lah watie ni kelek handbag mahal, taktaulah fufu ke ori, tapi hutang tetap kena byr
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
si suami wati tu bukan job byk gak ke
xleh ke tlg bini bayar hutang keeeeee mmg ego tinghi tak mau byr
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 07:54 PM | Show all posts
Patutla org yg berhutang hidup mcm takda apa2 masalah ek kt dunia ni. Undang2 pun biar mcm tu aja
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota: Sanggup ye buat kawan mcmtu…


Adik beradik pun org buat inikan kawan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
It’s 2022 and still got this problem ahhhhh. Macam dejavu je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 08:38 PM | Show all posts
muka watie tu tah ye brandednye. AAA kot. apapun kalau dh langgar perintah mahkamah mohon penjarakan je. dasar penghutang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2022 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama tul si hana ni bersabar. Klo orang lain mau hantar santau.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayar ja lah hutang tu bulan2 5k  lama2 habis laa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukuman penjara nanti agak2 dalam tempoh berapa lama? Harap2 makan tahun. Kalau sekejap, aku rasa wati ni lagi sanggup duduk penjara drpd bayar hutang dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg xnak bayar tu. elok la sumbat penjara. jadi hana xdpt balik duit dia ke. moga dijauhkan org camni dari circle i.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.068692 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list