CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2635|Reply: 29

Rugi Lebih RM300,000 Mangsa Ditipu Scammer Kabinet Dapur Mahu Keadilan

[Copy link]
Post time 19-12-2022 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Sumber Getaran


Gara-gara terpengaruh dengan tawaran menarik dan janji manis yang diiklankan sebuah syarikat pembuat kabinet dapur menerusi media sosial, lebih 10 individu mendakwa menjadi mangsa penipuan pihak terbabit.



Menerusi laporan Getaran, mereka mendakwa mengelami kerugian puluhan ribu ringgit apabila kelengkapan itu gagal disiapkan, manakal ada antara mangsa langsung tidak mendapat perkhidmatan pemasangan terbabit walaupun wang sudah dibayar.



Kata salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Roshana Harun, 50, sekitar tahun ini, dia dan suami mencari syarikat pemasangan kabinet dapur bagi mengubah suai ruang kediaman mereka di Cheras.



Dia yang mengetahui perkhidmatan ditawarkan menerusi iklan Facebook itu kemudian menghubungi nombor yang tertera. Selepas membuat perjanjia dengan wakil syarikat yang dikenali sebagai Amirul, katanya, dia melalakukan transaksi pemindahan wang pendahuluan sebanyak RM10,000 kepada akaun pihak berkenaan.




Sumber Getaran



"ekerja syarikat itu datang ke rumah saya untuk mengukur ruang, pemilihan reka bentuk dan bahan yang akan digunakan untuk kabinet dapur tersebut. Pekerja itu kemudian datang memasang rangka kabinet dapur namun selepas saya membuat pembayaran kedua sebanyak RM25,000, kerja pemasangan terbabit tidak lagi diteruskan," katanya.



Ketika wakil syarikat tersebut dihubungi semula, kata Roshana, pelbagai alasan diberikan untuk menangguhkan kerja pemasangan kabinet itu sehingga lelaki tersebut terus 'ghaib' dan tidak lagi dapat dikesan sehingga kini.



"Selepas beberapa bulan, kami baru dapat tahu rupanya ada lebih kurang 15 lagi individu ditipu Amirul dengan menggunakan modus operandi sama, membabitkan kerugian hampir RM300,000.



"Sekarang, apabila kita hubungi nombor dia, ia sudah tidak digunakan, malah bengkel disewa Amirul di Sri Kundang, Rawang tidak lagi beroperasi," katanya yang bekerja sebagai pegawai di sebuah bank.



Sumber Getaran


Seorang lagi mangsa, Norhaizi Muhammad @Hamat, 53, berkata, dia mengenali Amirul melalui pereka dalama kediaman sekitar Mac tahun lalu untuk kerja pengubahsuaian kabinet dapur bagi kediaman miliknya di Rawang.



Katanya, sejak 28 Oktober 2021 hingga 30 September tahun ini, dia membuat empat transaksi pemindahan kepada Amirul membabitkan sejumlah RM32,000.



Selepas membuat pembayaran, beliau menghubungi Amirul untuk mengetahui status penyiapan kerja pemasangan dan setiap kali dihubungi, individu berlkenaan memberikan pelbagai alasan.



"Hinggalah pada 1 November lalu ketika melihat perkembangan kerja tersebut, saya dapati hanya rangka kabinet dipasang. Apabila saya cuba menghubungi dia untuk bertanyakan hal tersebut, saya dapati nombor telefon saya sudah disekat olehnya," katanya.



Antara kabinet dapur yang gagal disiapkan. SUMBER Getaran.




Seorang lagi mangsa dari Melaka, Farhad Hassan yang berminat berurusan dengan syarikat Amirul turut mengakui tertarik dengan tawaran disediakan.



Bagaimanapun, apa yang mengecewakan adalah sejurus pembayaran menerusi beberapa kali transaksi pemindahan wang sebanyak RM16,800, baharulah dia mengetahui mengenai penipuan itu.



Kata Farhad, dia mengetahui kes Amirul apabila ada mangsa menularkan menerusi Facebook mengenai syarikat milik lelaki itu yang didakwa menipu mereka.



"Apabila saya bertanyakan kepada Amirul berhubung dakwaan tersebut, dia menafikannya dan memberi jaminan akan menyiapkan kabinet dapur seperti dijanjikan.



"Bagaimanapun, apabila melihat tiada perkembangan lanjut, saya ke bengkel Amirul di Sri Kundang sebelum dimaklumkan syarikat tersebut sudah tidak beroperasi.



"Malah, pekerjanya juga mendakwa tidak dibayar gaji dan pemilik bengkel juga tidak mendapat bayaran sewa," katanya.



Seorang mangsa dari Bangi, Selangor turut mengalami kerugian tertinggi sebanyak RM60,000. Namun, dia dikatakan belum membuat laporan polis disebabkan hanya mengetahui ditipu Amirul beberapa hari lalu.



Mangsa sedar wang mereka sudah 'lesap' namun sekurang-kurangnya mahu Amirul dikenakan tindakan undang-undang bagi memastikan dia tidak terus menipu orang lain. -CARI
















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2022 04:42 PM | Show all posts
Jijikya perangai ko Amirul.
Ko jadi ahli BN ke PH?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau kerja betul2x apa salahnya. dpt gak untung kan. krg2x 30%. kenapala nak jadi penipu. mental agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nayaa… baik beli dapur pasang siap je dek.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 12:00 AM | Show all posts
Kes mcm ni senang ke nak saman dan menang?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 02:02 PM | Show all posts
jangan percaya lah kalau kabinet dapur iklan fb tiktok ni. kawan akak ada yg order dr 2020 sampai skrg tak siap2 kabinet dapur.

baiklah pegi showroom mana2 ada opis ada staff ada lori ada pekerja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan2 aku kena tipu dengan IDW.. femes kan company ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 20-12-2022 02:17 PM
Kawan2 aku kena tipu dengan IDW.. femes kan company ni

Wahhhh!!! Dia ni pun anak murid Jijan Seman sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2022 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
intan244 replied at 19-12-2022 08:10 PM
kalau kerja betul2x apa salahnya. dpt gak untung kan. krg2x 30%. kenapala nak jadi penipu. mental ag ...

Kalau betul2 dapat 30%... Baik tipu,dapat 100% untung.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 20-12-2022 02:51 PM
Kalau betul2 dapat 30%... Baik tipu,dapat 100% untung.

Allahu... scammer's logic


Geli hati aku baca
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 03:22 PM | Show all posts
green~tea replied at 20-12-2022 02:17 PM
Kawan2 aku kena tipu dengan IDW.. femes kan company ni

cer spill skit...
I pernah notice gambar IG dia ciplak dari IG internesenel...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
gangerina replied at 20-12-2022 03:22 PM
cer spill skit...
I pernah notice gambar IG dia ciplak dari IG internesenel...

Kawan i renovate rumah banglo kat belah2 damansara tu.. rm1 mil ID cost... bayar deposit 100k.. tp deliverables langsung tiada apa2 ya...  dah setahun lebih....burn camtu je deposit.. nak saman takleh sbb idw dah masuk clauses dlm agreement... kawan i tak perasan
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
fairy_fairy replied at 20-12-2022 02:45 PM
Wahhhh!!! Dia ni pun anak murid Jijan Seman sis

Scammer membentuk scammer...

Gila laa.. dosa jijang bertingkek2 multiply in compounding
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 06:14 PM | Show all posts
green~tea replied at 20-12-2022 03:27 PM
Kawan i renovate rumah banglo kat belah2 damansara tu.. rm1 mil ID cost... bayar deposit 100k.. tp ...

homai....gila kejam...atau adakah itu MO diorg...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 20-12-2022 02:51 PM
Kalau betul2 dapat 30%... Baik tipu,dapat 100% untung.

kan dah buat separuh tu. maknanya guna modal gak la kan. pintu je lagi x siap.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nama company nya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2022 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 20-12-2022 02:17 PM
Kawan2 aku kena tipu dengan IDW.. femes kan company ni

IDW ni ke yg buat rumah schawalina.yg tak siap tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 20-12-2022 07:18 PM
IDW ni ke yg buat rumah schawalina.yg tak siap tu?

Deme juga yang buat rumah cheta tak siap2 sampai skang... tp cita cheta ni lagi suweii laa...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 bisnes kt fb promo itu ini interior la, katering la blabl mmg idok ler aku terliur menengok nye.. nak2 yg komen2 jenis please PM, done PM yikess!
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
intan244 replied at 20-12-2022 06:15 PM
kan dah buat separuh tu. maknanya guna modal gak la kan. pintu je lagi x siap.


Depo 10k. Buat rangka tu bhn mntah xsmpai 3k modalnya sis. Lps da siap rngka cstmer byr lg rm25k. Dpt je byran kedua, si amirul trus lesap
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.082991 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list