CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2362|Reply: 31

Ella Tak Ada Rahsia, Kena Sentiasa Positif Dan Gembira Je Untuk Jadi Awet Muda

[Copy link]
Post time 19-12-2022 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Sebut sahaja tentang Ratu Rock Malaysia, hanya satu nama yang terlintas dalam fikiran semua orang. Siapa lagi kalau bukan satu-satunya penyanyi rock wanita unggul tanah air, Ella.


Siapa sangka, Ella yang terkenal dengan keletah manja dan bersahaja kini sudah meniti usia 56 tahun, namun dia kekal ampuh dalam liga sendiri tanpa tergugat oleh sesiapa.




Foto: IG




Selain memiliki wajah tidak dimamah usia, pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin itu memiliki aura dan masih mempunyai stamina yang kuat selain sangat aktif serta lincah setiap kali beraksi di atas pentas.


Ditanya rahsia kekal awet muda dan bertenaga, Ella yang ditemui ketika sidang akhbar program realiti The Masked Singer musim ketiga baru-baru ini berkata, dia hanya mengamalkan rutin normal sama seperti orang lain. Bahkan tanpa ada sebarang petua ataupun amalan yang khusus.


  



“Saya cuma amalkan rutin senaman ringkas dan jaga pemakanan, tetapi paling penting ialah kena sentiasa positif dan gembira.


“Pemakanan amat penting dan perlu teratur kerana mampu mengekalkan kesihatan yang baik untuk tubuh kita,” katanya.


Biarpun begitu, sama juga seperti orang lain, isteri kepada juruterbang, Azhar Ghazali itu mengakui adakalanya dia melanggar ‘pantang’ gaya hidup sihat apabila sesekali ‘cheat day’ (hari ponteng).


  



“Seperti manusia biasa, saya juga ada cheat day iaitu hari menikmati makanan bergoreng.


“Tetapi pada hari lain saya mengambil makanan yang sihat seperti sayur-sayuran hijau dan juga buah-buahan,” katanya lagi.


Berkongsi mengenai perkembangan nyanyian, ibu saudara penyanyi Kaka Azraff itu memaklumkan bahawa konsert solonya dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan.




  



Menariknya, konsert tersebut akan membawanya menjelajah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.


“Kelainan konsert kali ini adalah saya akan jelajah ke seluruh negara. Kemungkinan persembahan ini nanti sama ada akan dimulakan atau diakhiri di Kuala Lumpur.


“Itu semua dalam perancangan dan bergantung dengan situasi semasa. Saya akan kongsikan kepada peminat sekiranya semua sudah dimuktamadkan,” jelasnya.


Bertanya tentang penjualan tiket, penyanyi lagu Layar Impian itu berpendapat bahawa sekarang lebih mudah dijual secara fizikal memandangkan peminat sentiasa menunggu acara sebegitu terutama selepas fasa pandemik.




  



“Memandangkan sebelum ini tiada penganjuran konsert kerana Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


“Peminat memang menunggu kerana dahagakan hiburan dan teruja untuk menyaksikan konsert. Insya-Allah semuanya akan berjalan lancar,” ujarnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2022 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau selak tudung da nmpk muke mcm kene gigit tebuan
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bia betikkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka inject bengkak...dah kembung macam pipi Rosnah Mat Aris.. awet ehhhh..
Tak beranak boleh lah sembang penuh confident!
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 12:17 PM | Show all posts
muka bengkak bonjol sana sini tp suara ok sedap
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 12:26 PM | Show all posts
hmmm.. walaupun dia retis pebret ketat iols, iols tetap  la tak suka dgn kebengkakkan muka dia tu.. terlebih cocok ke apa.. nampak buruk pulek. yg asli jgk lawa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2022 12:30 PM | Show all posts
petua dia senang jer
tak beranak
rajin botox
rajin tingtong
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 12:33 PM | Show all posts
urm, aku malas nk komen tapi muka kena botox tu kira muda belia ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bile menua, muke mmg akan bengkak kowt.. mcm nuar zen, siti.. bengkak2 semua..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
lain muka ko dah kak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 12:43 PM | Show all posts
nape tipu... ckp je cucuk... ade org mere doh
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 01:20 PM | Show all posts
idok nye la awet muka sgt
dah mekap bertebal2 gitu pastu adjust2 muka sampai mcm bengkak tak tentu hala.. muda pekebendanya

kalau maria farida ya la lawa.. xbengkak
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 01:24 PM | Show all posts
Positif cucuk pipi maunya tak gembira..ye dok acik el..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin mcm muka rosnah mat aris. Suara dan performance maintain.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 01:46 PM | Show all posts
muka aku xnk komen, sbb aku rasa dia n jojie sama jer ngn saidatul.. cucuk.. cuma bab energy.. amazing ye.. ko tgk konsert dia.. mmg tiptop..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 01:48 PM | Show all posts
lebih kurang tips nek nita berkat air wuduk la ni..baca bulih, percaya jangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2022 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 19-12-2022 12:30 PM
petua dia senang jer
tak beranak
rajin botox

Elooooo. Aku x beranak gundu ok. Hahaaaa. Che ta anak 3 helok bgetah jer. So jgn salahkan anak bila bdn x cantik
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 01:58 PM | Show all posts
matchstick replied at 19-12-2022 05:48 AM
lebih kurang tips nek nita berkat air wuduk la ni..baca bulih, percaya jangan

hahahha betul tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Happy jenama botox ye kak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 03:13 PM | Show all posts
Tipu ehhh? Muka bengkak tu semua orang dah tau
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.072859 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list