CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 0

[Sabah] Sabah destinasi pertama lawatan pakar National Geographic

[Copy link]
Post time 18-12-2022 04:53 PM | Show all posts |Read mode


MENARIK: Rombongan Nat Geo dapat merasai pengalaman melihat keindahan alam semula jadi dengan menaiki bot di Sungai Kinabatangan.

KOTA KINABALU: Sepasukan pakar National Geographic (Nat Geo) bersama tetamu mereka menjadikan Sabah destinasi pertama di Asia untuk menyaksikan hidupan liar secara langsung menerusi program melihat dunia hidupan liar menggunakan pesawat peribadi.  

Sabah dipilih dan diletakkan pada peta sebagai sebahagian daripada perjalanan pesawat peribadi mewah kerana kepelbagaian hidupan liarnya dan banyak tempat menarik yang menawarkan pengetahuan serta pemandangan secara langsung hidupan liar.

Pasukan ini terdiri daripada pakar terkemuka seperti Pengarang dan Peneroka Nat Geo, Sandesh Kadur dan ahli Primatologi dan Pemuliharaan, Mireya Mayor.

Rombongan tersebut akan mengembara secara ekslusif menaiki jet peribadi Boeing 757 yang telah dihias menggunakan logo Nat Geo, merentasi tiga benua, Asia, Afrika dan Eropah serta akan menginap di tempat yang menakjubkan.

Mereka akan memulakan pengembaraan ke daerah Sandakan selama tiga hari dengan melawat Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok (SOURC), Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo (BSBCC) dan bermalam dua malam di Sungai Kinabatangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Noredah Othman berkata, pihaknya sangat gembira kerana pasukan Nat Geo bersama tetamu mereka memilih Sabah untuk merasai pengalaman hidupan liar yang menakjubkan.

Katanya, Sticky Rice Travel dipuji kerana pengurusan yang cekap dalam membimbing kumpulan Nat Geo selama mereka berada di Sabah.

“Kami juga mempunyai jet peribadi yang datang ke Sabah pada Oktober lalu dan membawa masuk tetamu kehormat untuk lawatan hidupan liar. Penerbangan itu dibawa masuk oleh Abercrombie & Kent dengan pengendali darat mereka Asia Top Team Travels.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia atas kerjasama yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Sticky Rice Travel, Grace Chan berkata pihaknya sangat teruja kerana dapat mengatur tiga pesawat peribadi setiap tahun untuk aktiviti melihat hidupan liar di Sabah.

“Sabah adalah salah satu destinasi kunjungan utama dan terbaik untuk melihat hidupan liar di rantau Asia Tenggara,” katanya.

Pengarah Urusan Asia Top Team Travels, Gennaro Nardone pula berkata, Sabah berpotensi menjadi destinasi terbaik untuk pasaran mewah dan membolehkan pelawat melihat hidupan liar secara semulajadi di habitat asalnya serta merasai pengalaman hidup di dalam hutan yang masih asli.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.517172 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list