CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 0

[Sabah] Pemimpin politik Sabah perlu jalinkan persefahaman

[Copy link]
Post time 18-12-2022 04:51 PM | Show all posts |Read mode


MANDELA

KOTA KINABALU: Semua pemimpin parti politik di Sabah diharapkan dapat menjalinkan persefahaman sebagai satu langkah menamatkan sejarah panjang politik yang merosakkan keharmonian negeri ini.

Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Ceasar Mandela Malakun berkata, tanpa perpaduan semua pemain politik, tidak mungkin ada keamanan di Sabah.

“Jika pemimpin dan ahli politk tidak berdamai, negeri ini tidak akan boleh aman dan boleh mengancam masa depan semua rakyat Sabah.

“Justeru, mari kita bekerjasama untuk menamatkan perbalahan antara pemimpin dan parti politik di negeri ini,” katanya.

Beliau yang juga Setiusaha Politik Ketua Menteri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin Parti Warisan (WARISAN), Datuk Azis Jamman, Jo-Anna Sue Henly Rampas dan Mohd Fakhurazzi Aliuddin, baru-baru ini.

Katanya, cukuplah bermain politik dengan cara lama yang mana satu pihak membuat serangan peribadi supaya mahu dilihat sebagai pemimpin yang baik.

“Sudah tiba masanya kita belajar menjadi matang dalam berpolitik dan semua pemain politik perlu berubah dari sekarang.

“Saya percaya rakyat mahu melihat ahli politik dan pemimpin memiliki sikap terbaik dan lebih profesional,” katanya.

Mandela berharap sempena menyambut perayaan Krismas dan tahun baharu adalah masa yang terbaik untuk semua pemimpin politik menganjurkan kesatuan dan persefahaman.

“Ini adalah nilai yang sepatutnya membentuk asas kepada politik, masa depan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.211300 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list