CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 0

[Sarawak] Rakyat diseru lebih waspada dalam keadaan cuaca tidak menentu

[Copy link]
Post time 18-12-2022 04:46 PM | Show all posts |Read mode


Awang Tengah ketika ditemui media di Limbang, hari ini.

LIMBANG: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan meluahkan rasa dukacita atas insiden menyayat hati kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya di Selangor awal pagi Jumaat.

Beliau turut meminta rakyat di Sarawak agar lebih berwaspada dan berhati-hati terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu pada masa ini.

“Cuaca tidak menentu dan kita berasa berdukacita atas apa  yang berlaku di Semenanjung dan kita juga harus berhati-hati di sepanjang jalan kemungkinan berlaku runtuhan tanah.

“Mudah-mudahan tidak berlaku, kita harus berwaspada, kita harus berwaspada,” katanya katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pra Krismas Daerah Limbang 2022 di  Dewan Gereja St Edmund’s Limbang, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbangdan tetamu lain.

Seramai 94 individu terlibat dalam kejadian itu dan setakat malam kelmarin 21 mangsa disahkan meninggal dunia manakala 12 masih hilang.

Terdahulu, 135 petugas operasi dan menyelamat (SAR) yang pakar dengan kejadian tanah runtuh dikerah ke lokasi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, selain memastikan keselamatan pasukan bertugas.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.272355 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list