CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 516|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Nurul Azwani teman dua anak majikan

[Copy link]
Post time 18-12-2022 11:22 AM | Show all posts |Read mode

Jenazah Nurul Azwani dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (KL-Karak), Taman Selasih, malam ini. - NSTP/Sudirman Mohd Tahir

KUALA LUMPUR: Jenazah mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor, Nurul Azwani Kamaruzaman, 31, selamat dikebumikan, malam ini.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (KL-Karak), Taman Selasih, di sini, kira-kira jam 10 malam.

Ibu Allahyarham, Siti Esah Hassan, 53, berkata kali terakhir dia bercakap dengan anak sulungnya itu, kelmarin.

"Kali terakhir kami berjumpa pada Rabu iaitu sebelum dia pergi berkhemah. Dia cakap, nak ikut rombongan sekolah kerana ingin menemani dua anak majikannya.

"Kiranya mereka bertiga tidur satu khemah, sementara bapa dua kanak-kanak itu yang juga guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong itu di khemah lain.

"Saya cuba menghubunginya kira-kira jam 10 malam Khamis lalu, tetapi gagal kerana liputan telekomunikasi kurang elok.

"Namun, dia menghubungi saya semula. Kami bercakap mengenai tiket bas untuk balik kampung di Gua Musang, Kelantan yang dijadual semalam.

"Kiranya, itu kali terakhir kami bercakap. Tidak jangka pula, hari yang sepatutnya kami pulang kampung adalah hari dia pergi buat selamanya," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di sini, malam ini.

Katanya, Allahyarham yang mesra disapa Wani itu pasti merancang pulang ke kampung setiap kali cuti sekolah.

"Walaupun kami sekeluarga sudah tinggal di sini, dia tetap nak balik melawat keluarga di sana. Lagi pula cuti sekolah tiga minggu," katanya.


Ahli keluarga dan sahabat handai yang hadir mendengar bacaan talkin pada pengebumian Allahyarham Nurul Azwani di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (KL-Karak), Taman Selasih, malam ini. - Foto BERNAMA

Terdahulu, jenazah dimandi dan dikafankan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, selepas selesai proses pengecaman kira-kira jam 7 malam.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Abu Hurairah, Kampung Batu, Batu 5, di sini, untuk disembahyangkan.

Allahyarham yang juga pekerja di kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong itu antara 24 korban insiden berkenaan, yang dikenal pasti berdasarkan kenyataan dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), hari ini.

https://www.bharian.com.my/berit ... an-dua-anak-majikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.094808 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list