CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 959|Reply: 0

[Tempatan] Tanah Runtuh: Kementerian Luar sahkan tiga warga Singapura selamat

[Copy link]
Post time 17-12-2022 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Tanah Runtuh: Kementerian Luar sahkan tiga warga Singapura selamat


Kerajaan Malaysia giat berusaha untuk memastikan semua yang terjejas dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor diberi bantuan segera. - Foto NSTP


KUALA LUMPUR: Kementerian Luar merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa serta keluarga yang terkorban dalam tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.

Kementerian itu menerusi satu kenyataan, hari ini turut mengesahkan, tiga warga Singapuratiga warga Singapura ditemui selamat di dalam misi mencari dan menyelamat bersepadu yang dijalankan pihak berkuasa Malaysia.

"Kerajaan Malaysia sedang giat berusaha untuk memastikan semua yang terjejas dalam tragedi itu diberi bantuan segera.

"Marilah kita semua berdoa untuk keselamatan mangsa yang terjejas dan mereka yang menjalankan operasi mencari serta menyelamat, " kata kenyataan itu.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki 12 mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh itu, disambung semula hari ini kira-kira jam 7.30 pagi.

Setakat malam tadi, seramai 21 mangsa disahkan terkorban, manakala 61 lagi berjaya diselamatkan dalam kejadian dilapor membabitkan sejumlah 94 orang.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... a-singapura-selamat


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.046132 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list